Wednesday, April 13, 2016

Jalan Selesai: Penganjur Sedia Taja Ramasamy Hadir Ceramah Zakir Naik.

SUSULAN ‘serangan’ kontroversi yang dikeluarkan Prof. P.Ramasamy, penganjur forum penceramah antarabangsa Dr. Zakir Naik menjemput Menteri Pulau Pinang itu dan isterinya bagi menghadiri ceramah yang akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pihak jurucakap penganjur, Firdaus Wong Wai Hung memberitahu bahawa mereka sedia menaja tiket penerbangan untuk Timbalan Setiausaha Agung DAP itu, sekiranya beliau menerima pelawaan mereka.
“Kami ingin menjemput Prof. Dr. Ramasamy untuk hadir ke ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebagai tetamu VIP kami, malahan tidak keberatan menaja tiket penerbangan pergi balik untuk Prof. Dr. Ramasamy dan isterinya,”katanya seperti yang dilaporkan portal Free Malaysian Today.
Sementara itu, mengulas permohonan maaf Ramasamy yang menggelar pendakwah dari India itu sebagai ‘syaitan’, Firdaus memberitahu pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima permohanan maaf itu.
“Kami sebagai Muslim tiada masalah untuk menerima permohonan maaf daripada Prof. Dr. Ramasamy, kerana menggelar Dr. Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.
“Cuma apa yang ingin kami cadangkan adalah agar setiap wakil rakyat, tidak kira daripada mana-mana parti, seharusnya lebih bijak dalam memilih perkataan untuk disebut mahupun ditulis,” katanya.
Terdahulu, Ramasamy yang juga wakil rakyat Prai menjelaskan beliau telah memadam coretan Facebook pada Ahad lepas selepas menyedari perkataan ‘syaitan’ sebagai tidak sesuai.
Namun, dalam pada itu juga dia memberitahu perkataan (syaitan) itu hanya ditujukan kepada Dr. Zakir Naik sahaja, yang mana seolah-olah membawa maksud permohonan maafnya itu seakan tidak telus

9 comments:

KLG said...

good....

Anonymous said...

Bagus kalau Prof Ramasamy dpt hadir, apa yg tak puas hati, ajukan direct depan depan.

Anonymous said...


Apa kata PAN? Apa kata Mat Sabu, khalid Samad dll. Adakah Dr Zakir boleh dihina semata2 kerana beliau terbabit dalam dakwah Islamiyah.

Mat Sabu, khalid Samad, Mujahid, Nizar hanya berani dgn PAS tapi gerun dengan DAP yg anti Islam. Sewaktu Ramasamy panggil Dr Zakir Satan, semua orang Islam bersuara tanpa ada halangan politik. PAS, UMNO, ISMA dll bersuara menentang Ramasamy dari DAP.

Mungkin lepas tarik balik baru Mujahid dan Mat Sabu dari PAN nak bersuara. Mungkin lutut jadi lembek takut DAP maki.


Minggu ini DAP melalui Ramasamy memaki hamun Dr Zakir. Satu hari di masa depan mungkin DAP akan memaki hamun Imam Ghazali, Imam Ahmad dan Imam Bukhari.

Apa PAN akan buat? Mereka hanya membisu kerana PAN adalah talibarut DAP.

By the way mana itu Mujahid Yusuf Rawa. Adoiiiiiii G-25 punya talk sikit dia sokong ka pasal tolak hukuman khalwat. Apasal sampai Dr Zakir, Mujahid senyap macam berhala zaman Abu Lahab. Keras kematu, bibir tak bergerak.

Balik la PAN. Kamu tu hanya talibarut DAP, Ramai pemimpin PAN pun sudah tak pakai kopiah. Mungkin kerana mahu dilihat Progressive, Inclusive dan Faham. Aku tak terkejut lepas ni kaum2 PAN ni pakai topi Cowboy dan pakai Boot. Mestilah kalau tak G25 tak hormat pulak kat PAN.

Mat Sabu isu lain, siap baling mikrofon. Bila sampai ugamawan di maki hamun oleh DAP, Mat Sabu membisu.

Jesse Labu
Keadilan Reform

Anonymous said...

Kalau dari segi Amanah perjuangan, jenis2 PAN ni kira tak boleh pakai. Aku tak pernah setuju dengan Ezam dan Ibrahim Ali. Tapi dari segi harga diri, mereka lebih bermaruah dari PAN.

PAN layak menjadi menjadi talibarut atau "BOY" DAP sahaja.

Bayangkan kalau aku tak setuju dengan Ezam dan Ibrahim Ali tapi mereka lebih bermaruah dari PAN. Lebih bermaruah mereka berdua macam langit dan bumi kalau nak dibandingkan dengan Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid dan tah sapa lagi tu.

Woiii Mat Sabu majoriti orang Islam kat Malaysia ni dah cop korang tu macam Talibarut okey.

Waaaaaaaaaa lagi sial, sekarang nama Anwar pun dah hilang dari bibir mereka. Mat Sabu buang tenaga saja lempar mikrofon itu hari. Sekarang Yg mereka sebut hanya Tun, DAP dan G-25 sahaja.

Mana Mujahid, Khalid Samad, Mat Sabu dll. Ada bersuara ka? Tak da langsong. Suara kuman aku rasa lagi kuat dari suara Pengkhianat ini

Jesse Labu
Keadilan Reform

Anonymous said...

Lagi satu PAN, korang kasi elaun kat kutu yg maki nama2 Ustaz dalam ruangan komen ini. Kerana mereka orang makin benci kepada PAN dan DAP.

Kepada kepimpinan PAN dan DAP, tolong kasi elaun kilo kilo kepada blogger2 yg memaki hamun sesama Islam. Lebih banyak diorang maki, lagi kuat orang Islam tolak PAN dan DAP. Paling bagus bagi gaji selayaknya CEO syarikat lombong emas, supaya mereka akan kuat memaki hamun dan seterusnya menjahanamkan kepercayaan penyokong2 Islam yg sedia ada terhadap PAN dan DAP.

Syabas blogger2 PAN kerana membantu BN dengan ada gaya dan style. Mu ngkin korang dapat membeli rumah bungalow terlajak diskaun tanpa swimming pool

Jesse Labu
Keadilan Reform

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

An Anonymous said...

Bilamasa plk ramasamy mintak maaf.. sama ke kesal dan mintak maaf?.. aku dah agak pasti reaksi PAN akan berlebih2an bila DAP ada buat sikit baik.. almaklumlah di mata PAN, P Ramasamy TGPR jatuh no.3 dari segi ranking maksum selepas TGLGE dan TGLKS.!

Cuba engkau tgk kes banglo murah yg x de swimmimg pool.. ada ke Kholid khodam tulis respon dia pasal isu tu?.. Mana ada beb.. dia bimbang ke jika tulis pasal aspek NEGATIF TGLGE bisa tergelincir akidah? Sampai tahap tu kau!!

Anonymous said...

Itu keling ada brani kaa hadir majlis Zakir Naik? Porahh...
Nigri andia sana masjid pon kasi runtuh.
Sikalang PANdap imayam sudah jd bisu maa..tarak brani takut sama bos besar, tulur sudah masuk dalam kahkahkah

Anonymous said...

Tak perlu la lagi kita nak mengutuk dr ramasamy tu, dia dah minta maaf. Tapi, yg pasti beliau jelas memusuhi agenda islam. Demi menjaga maruah Dap dan kepentingan politik dalam pru sahaja, dia mohon maaf tu. Cumanya,,kita semua cabaret dr ramasamy, jgn berlagak jadi hero di luar gelanggang. Jika beliau benar anak jantan,,Sila berhadapan dgn dr zakir. Jika beliau England dan mengelak, maka "setan" berpihak kepada beliau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails