Friday, April 15, 2016

Setuju! Dr. Zakir Naik Buka Pusat Penyelidikan Islam Di T'ganu

KUALA NERUS – Ilmuan ulung Islam, Dr. Zakir Naik bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri untuk membuka cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, Dr. Zakir akan menghantar wakilnya dalam masa terdekat untuk memperhalusi cadangan berkenaan.
Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri menawarkan kepada pihak Dr. Zakir tiga buah pulau di kawasan Tasik Kenyir bagi tujuan pembangunan pusat penyelidikan Islam itu.
“Dr. Zakir turut meminta idea dan pandangan dari kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas taklimat hakisan Pantai Kampung Tanjung Gelam, di sini, hari ini.
Ahmad Razif berkata Dr. Zakir juga menimbang cadangan untuk membuka sebuah sekolah Islam di kawasan itu kelak.
Dr. Zakir, berasal dari India yang juga Tokoh Maal Hijrah dua tahun lalu kini dalam rangka jelajah ceramah umumnya di beberapa negeri termasuk Terengganu, Melaka dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga bersedia menjadi tuan rumah untuk forum bicarawara Islam pada tahun depan.
Jelasnya dalam program tiga hari dua malam itu pihaknya berhasrat mengundang 30 penceramah agama peringkat antarabangsa dan dijangka dapat mengumpul kira-kira 100,000 peserta.
“Inisiatif yang dilaksanakan ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 dan kita akan kumpulkan 30 penceramah antarabangsa ini bagi membincangkan hal berkaitan Islam.
“Ini juga antara promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu sepanjang tahun melawat Terengganu nanti,” katanya. – BERNAMA

10 comments:

Anonymous said...

Ugama Islam merentasi fahaman politik. Yg baik kita sokong.

Jgn jadi PAN yg mengkhadamkan diri kepada DAP. Sampai sekarang PAN tak berani menyuruh DAP Ramasamy meminta maaf kepada Dr Zakir Naik. Itulah fahaman progressive Inclusive dan Fahaman aliran PAN

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

wsc biolo asli said...

sangat di tunggu

wsc biolo said...

semoga islamdi asia makin kokmoh

Anonymous said...


SIAPA SEBENARNYA MENYOKONG KEGANASAN?

Pemimpin-pemimpin kafir dari MIC, DAP, MCA, Hindraf dan Hindu Sangam dan NGO-NGO kafir dan liberal telah menggunakan isu keselamatan yang tidak masuk akal untuk menghalang Dr Zakir Naik melaksanakan program dakwah Islam untuk umat Islam.

Tindakan pemimpin-pemimpin kafir dan liberal ini jelas mendedahkan:

(1) Permusuhan pemimpin-pemimpin kafir dan liberal terhadap agama Islam dan umat Islam.

(2) Sikap munafik sebilangan manusia yang mendakwa diri mereka beragama Islam tetapi pada masa yang sama mereka menyokong dan membela musuh-musuh Islam menentang Islam dan menindas hak umat Islam. Mereka berrlemah lembut dan berlunak terhadap orang-orang kafir tetapi bersifat keras terhadap sesama Muslimin dan sikap ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

(3)Pemimpin-pemimpin dari parti politik yang bertentangan dan para munafik sanggup boleh bersatu padu menentang Islam dan menindas umat Islam.

Di bawah ini adalah petikan yang menunjukkan pemimpin-pemimpin Hindu menyokong pertubuhan LTTE yang merupakan kumpulan pengganas Tamil di Sri Langka:

Hindraf Makkal Sakthi Chairman P. Waythamoorthy, throwing caution to the winds and broaching a hitherto taboo subject, has urged stakeholders to emulate the fighting spirit of the Tamil Tigers of Sri Lanka to facilitate the Indian underclass in the country to take their rightful place in the sun. “Indians in Malaysia can also take a leaf from the organizing skills of the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) in Sri Lanka. Reference: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/12/01/waytha-emulate-fighting-spirit-of-tamil-tigers/

P. Ramasamy, deputy chief minister of Malaysia’s northwestern Penang state, who acted as a legal advisor to the LTTE during peace negotiations a decade ago, has accused the Malaysian police of falling into the trap set by the Sri Lankan government to frustrate international efforts to conduct a full investigation into possible rights violations in the country.

“About 90 percent of Malaysian Tamils are ardent supporters of the Tamil freedom movement in Sri Lanka. Is Khalid [Abu Bakar] going to arrest more than two million of us just because we support their struggle?” he remarked in an interview with The Edge.

REFERENCE: http://www.ipsnews.net/2014/06/ghost-of-the-ltte-flickers-in-malaysia/

PERSOALAN:

Jika orang Islam disyaki menyokong ISIS, pihak berkuasa bertindak segera menangkap orang Islam dan menghukum mereka.

Adakah pihak berkuasa telah mengambil tindakan yang sama ke atas orang-orang Hindu yang menyokong kumpulan pengganas LTTE yang telah melakukan jenayah perang di Sri Langka dalam tempoh 23 Julai 1983 – 18 Mei 2009? Puak pemisah ini telah diharamkan oleh 30 negara termasuk US, Kanada, India dan 27 negara dalam EU.

KESIMPULAN:

(1) Dr Zakir dan program dakwah Islamnya membawa mesej keamanan dan kesejahteraan untuk manusia seluruh dunia, Ramasamy dan Waythamoorthy dan LTTE membawa mesej apa pula?

(2) Umat Islam mesti bersatu padu membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini dan seluruh dunia. Kembalilah kepada Allah dan RasulNya !

(3) Orang-orang kafir tidak redha terhadap umat Islam dan pemimpin-pemimpin kafir bersikap hipokrit dan rasis menentang agama Islam dan menindas hak umat Islam. Pemimpin kafir takut kebenaran yang dibawa oleh Dr Zakir akan membuka mata pengikut mereka yang boleh menyebabkan pengikut mereka meninggalkan pemimpin mereka yang bersifat rasis dan sesat !

Anonymous said...

dorang niii...Negara asal sendiri taknak kat org kasta rendah ni. Hijrah ke negara orang dia ingat tetiba dia boleh sama taraf ngan Brahmin? Sedar diri sikit la.
Orang di India tak kata apa apa pun, orang India di Malaysia pulak yang lebih2.
Patut lah macam macam orang kutuk kaum India di negara ini. Malu saya pada bangsa sendiri. Duduk diam diam cari makan halal sudah la. Kalau ada 20juta orang boleh lah nak demand macam macam. Ni setakat 2-3juta tak payah la. Parti politik yang konon mempertahankan hak masyarakat India pun ada macam macam. MIC, IPF, PPP, Makhal Sakhti dll hanya membuktikan bahawa di Malaysia sendiri kaum India tidak boleh bersatu. Ngo pun banyak juga tapi yang sedih (kelakar) ada ngo yang ahli cuma 7-8 orang je.
Sebagai seorang yang berbangsa India, saya dengan rendah diri memohon agar waythamoorti bertaubat dan hentikan sandiwara menipu kaum India dengan drama drama yang tidak mendatangkan faedah langsung pada kaum India di Malaysia ini. Hadapilah kenyataan bahawa kita semua yang berbangsa India hanyalah kaum yang minoriti di negara ini. Salak la macamana pun kalau kaum India yang tak seberapa ramai ni tidak bersatu tak ada gunanya. Selagi tidak bersatu sampai bila la orang lain nak ambil serious permintaan kita? Pikir pikirlah. Jangan ingat kita ini "bagus" sangat sebab sebenarnya kita ini masih banyak kekurangan dan kelemahan. Lagi cepat dia sedar lagi bagus.
Sekian terima kasih kerana memberi ruang kepada saya merapu di sini.

Anonymous said...

Golongan liberal berasa terancam dengan Zakir Naik

Tidak dapat dinafikan kenyataan bahawa golongan liberal merasa takut dengan Zakir Naik dan kredibilitinya. Bukan kerana provokasi atau isu sensitiviti, tetapi kebenaran yang mana dipegang oleh Zakir Naik dengan konsisten sepanjang pengalamannya berdakwah.

Kita juga tidak dapat menafikan kenyataan bahawa kebenaran mungkin adalah sensitif atau provokatif tetapi seorang tokoh seperti Zakir Naik bukanlah seorang yang menutup kebenaran daripada masyarakat, malahan jika beliau dihujani dengan pandangan skeptis dan kebencian.

Ilmunya dan memahani perbandingan antara agama memberikan beliau peluang untuk menarik orang ramai daripada kepercayaan berbeza dan akhirnya mempengaruhi dan menunjukkan mereka jalan yang benar iaitu bahawa Islam sebagai cara hidup. Jika kita melihat sendiri, Zakir Naik cuba membimbing orang Islam dan bukan Islam kepada Islam dan berada dekat dengan Allah tetapi pada masa yang sama golongan liberal memperjuangkan nafs manusia yang tidak wajar dan intelektualisme yang cacat.

Seruan mereka untuk mengadakan dialog antara agama yang tidak pernah berlaku hanya kekal hanya sebagai gema yang diucapkan banyak kali dengan kata-kata tetapi tanpa tindakan dan bukti. Mereka juga takut berdepan dengan NGO Muslim dan pendebat terkenal Muslim, sebagai contoh dalam kes debat antara Wanita ISMA, Sisters in Islam dan Sister Zara Faris yang dibatalkan oleh SIS.

Maka kita tahu bahawa rencana itu ditulis dengan niat melakarkan imej buruk pada Zakir Naik dan membina persepsi yang tidak betul terhadap beliau. Tetapi kenyataannya, orang Islam bersatu dan golongan liberal merasa terancam.

Danial Ariff bin Shaari
I-Peguam

Diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Nabilah Abd Jalil.

An Anonymous said...

DZN tak sokong LGBT macam PAN..

Anonymous said...

Prof.Ramasamy Terlibat Dalam Kumpulan Militan Tamil Eelam (LTTE): Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Seorang Pengganas?

Artikel yang menarik untuk dibaca. Sila rujuk link di bawah untuk mengetahui lebih lanjut lagi:

http://gigitankerengga.blogspot.my/2016/04/proframasamy-terlibat-dalam-kumpulan.html


Anonymous said...

Tiga pulau (Ahmad Razif + Dr. Zakir) - Sultan Mizan = Lucut semua gelaran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails