Monday, April 11, 2016

Pusat Urut Wanita Digempur. Tahniah Pihak Polis.


SEBAHAGIAN wanita warga Thailand yang ditahan di sebuah pusat urut di Bandar Sultan Suleiman, Klang kelmarin.


KLANG – Polis menggempur sebuah pusat urut yang menjadi ‘sarang’ kepada pemandu-pemandu lori di sebuah kawasan Bandar Sultan Suleiman di sini petang kelmarin.
Serbuan oleh Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Klang U­tara pada pukul 6 petang itu turut menahan lima wanita warga Thailand berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisio­ner Mohd. Yusoff Mamat berkata, kebanyakan wanita warga asing tersebut sedang leka melayan pelanggan ketika serbuan dilakukan.
Menurutnya, para pelanggan pula kebanyakan terdiri dalam kalangan pemandu lori dan pusat urut terbabit amat popular di kawasan tersebut.
“Kami difahamkan, pusat urut ini menjadi ‘sarang’ kepada pemandu lori untuk menghilangkan ‘penat’ sejak dua tahun lalu. Kedudukan pusat ini yang agak tersorok di bahagian hujung bangunan menyukarkan aktivi­tinya dikesan.
“Siasatan juga mendapati pelanggan perlu membayar harga antara RM50 hingga RM150 untuk mendapatkan perkhidmatan wanita berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Tahniah, pihak berwajib. Al-hamdulillah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails