Monday, April 11, 2016

Lagi Bukti Syaitan (?) DAP Anti Islam..

KUALA LUMPUR: Meskipun DAP menafikan bahawa parti mereka sebagai anti-Islam, namun apa yang dilakukan Timbalan Setiausaha Agung parti itu, Prof Dr Ramasamy menunjukkan sebaliknya.
Beliau di laman sosial Facebooknya telah menggelarkan pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’ dan menghalau penceramah itu untuk kembali ke negara asalnya, India.
Tindakan tersebut mengundang banyak reaksi negatif dari netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan Ramasamy itu.
Demikian Lapor Blog Semberono.
 
“Mari kita bawa ‘Syaitan’ Dr Zakir Naik keluar dari negara ini! ‘Syaitan’ Zakir Naik berada di negara ini atas jemputan kerajaan negeri Terengganu.
“Beliau adalah pendakwah dan penceramah beragama Islam yang tiada apa-apa melainkan kebencian dan menghina orang yang bukan beragama Islam,” katanya di dalam status Facebook beliau yang kemudiannya disunting dengan membuang perkataan ‘syaitan’.
Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah bahawa pihaknya akan membuat laporan polis di Pulau Pinang berhubung kehadiran Zakir di negara ini.
“Beberapa kawasan di India telah melabel beliau sebagai pembohong, yang berkata hanya separuh dari kebenaran dan juga penyampai kepada kebencian.
“Semua yang beragama Hindu dan juga NGO dari kaum India serta inidvidu perlu memainkan peranan utama dalam membuat laporan polis.
Kita suruh dia balik ke India supaya dia berdakwah di sana,” katanya lagi di dalam status yang sama.
Jelas tindakan daripada DAP ini menunjukkan bahawa parti itu sebenarnya memusuhi Islam dan hanya mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.
Awal pagi ini, forum yang melibatkan Dr Zakir telah diarahkan untuk dibatalkan oleh PDRM bagi mengelakkan berlakunya ketegangan dalam beragama.
Lapor media itu lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti  syaitan  DAP anti Islam. (IH)

11 comments:

Anonymous said...

Apa kata PAN? Apa kata Mat Sabu, khalid Samad dll. Adakah Dr Zakir boleh dihina semata2 kerana beliau terbabit dalam dakwah Islamiyah.

Mat Sabu, khalid Samad, Mujahid, Nizar hanya berani dgn PAS tapi gerun dengan DAP yg anti Islam

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

PPP Desak Beri Hak Berceramah Kepada Dr Zakir Naik

Kenyataan Media

Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyarankan Hindraf, MIC dan DAP menghantar wakil mereka ke ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah Islam, Dr Zakir Naik, sekiranya benar tuduhan mereka ceramah penceramah itu menghina agama lain. Sekiranya selepas wakil mereka menghadiri ceramah-ceramah yang disampaikan, terbukti ada ungkapan menghina tuhan agama lain, PPP bersedia menyampaikan teguran kepada penceramah tersohor itu.

Sepanjang penglibatan Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di seluruh dunia, PPP melihat apa yang cuba diutarakan oleh beliau ialah argumen-argumen berdasarkan nas, akal dan hujah saintifik tentang kebenaran Islam dan membuat perbandingan dengan ajaran agama-agama lain. PPP melihat tiada kata-kata menghina terhadap tuhan agama lain, apalagi kata-kata menghina amalan para penganut mereka.

Gaya penyampaian Dr Zakir Naik adalah bersifat akademik dan menjadi kebiasaan ia turut dilakukan oleh penceramah-penceramah agama lain dalam meyakinkan penganut-penganut agama masing-masing. Bagaimanapun dalam konteks Malaysia, yang membezakan ialah dakwah Islam boleh dilakukan secara terbuka, manakala penceramah-penceramah agama lain hanya menyampaikan gaya ceramah seumpamanya dalam ruang lingkup mereka.

Sekali lagi PPP menyeru semua pihak untuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan, sebagaimana pihak Islam menghormati hak kebebasan agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing. PPP juga konsisten menyeru supaya keharmonian antara agama di Malaysia dipelihara, justeru penghinaan kepada tuhan yang disembah oleh penganut-penganut agama lain sememangnya dilarang oleh Islam.

Sehubungan dengan itu juga, PPP mendesak Ketua Polis Negara, menarik balik larangan ceramah Dr Zakir Naik khususnya di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), kerana ia sebahagian program akademik yang tidak wajar dikongkong. Malah tajuk ceramah Dr Zakir Naik di universiti itu, "Similarities between Hinduism and Islam", adalah tajuk yang cukup harmoni dan diyakini tidak menimbulkan perpecahan seperti yang dibimbangkan.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS

Anonymous said...

Hari ni DAP memaki hamun Dr Zakir. Satu hari du mase depan mungkin DAP akan memaki hamun Imam Ghazali, Imam Ahmad dan Imam Bukhari.

Apa PAN akan buat? Mereka hanya membisu kerana PAN adalah talibarut DAP. DAP pula anti Islam

Anonymous said...

BANGI, Isnin – Majlis Ulama Isma (MUIS) berpendapat tindakan pihak tertentu mencerca dan menentang kehadiran Dr Zakir Naik di Malaysia, sebenarnya bukan ditujukan kepada pendakwah terkemuka itu.

Sebaliknya, Pengerusi MUIS, Prof Madya Dr Aznan Hasan, berkata penentangan yang sebenar adalah terhadap usaha murni Dr Zakir untuk menyatakan kebenaran mengenai agama Islam dan penyelewengan oleh agama-agama lain.

“Maka pada hakikatnya, pendirian sebenar kelompok ini adalah, apa juga usaha ke arah mendaulatkan Islam dan syariat Islam di Malaysia mestilah ditentang sehabis-habisnya,” katanya mengulas kata-kata biadab Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ramasamy Palanisamy serta tindakan MIC, Hindraf serta pihak lain yang menghalang penganjuran siri ceramah dan kehadiran Dr Zakir di Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, MUIS berpendirian teguh menyokong penuh kehadiran Dr Zakir ke negara ini.

Katanya, pendirian ini dibuat berasaskan kesedaran bahawa Dr Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal dalam hal ilmu berkaitan perbandingan agama.

“Beliau telah mengangkat ketinggian Islam di mata masyarakat awam sama ada muslim dan bukan muslim dengan pembuktian kebenaran Islam secara berfakta dan perbandingan ajaran Islam dengan kelemahan-kelemahan dan penyelewengan yang terdapat di dalam agama-agama lain. Segalanya dilakukan dengan penuh fakta tanpa menyeru kepada apa juga bentuk ekstremisme mahupun kekerasan,” katanya.

Anonymous said...

Ceramah utk org Islam, kenapa bantahan yg bukan Islam dilayan ?
Org bukan Islam nak ceramah sesama mrk, bincangkan persamaan Islam dgn agama mrk ke, atau apa topik pun ttg Islam sesama mrk, ada kita bantah ?
Yg sekat tu pulak org Islam, tak tau ke halang dakwah Islam tu dosa besar ?

Anonymous said...

Petikan-petikan dari:
"Terima Kasih Dr Zakir Naik Kerana Membantu Kami Mengenali Siapa Kawan Siapa Lawan"
April 11, 2016 Kolumnis, Muhammad Luttfi Abd Khalid
http://www.ismaweb.net/2016/04/terima-kasih-dr-zakir-naik-kerana-membantu-kami-mengenali-siapa-kawan-siapa-lawan/


Sampai bila umat Islam perlu mengambil kira “perasaan orang lain”, “kepentingan orang lain”, “sensitiviti orang lain” dalam urusan-urusan agama sedangkan mereka itu tidak pernah langsung memikirkan atau mengambil kira perasaan, sensitiviti dan kepentingan umat Islam dalam begitu banyak kes dan contoh yang terang-terang membuktikan keceluparan, hasad dengki dan dendam kesumat yang diwarisi sejak turun temurun?

Kebebasan bersuara yang mereka(orang kafir) laung-laungkan dalam isu hak asasi, golongan minoriti dan seumpamanya hanya akan disokong kalau memberi keuntungan dan menyebelahi mereka. Akan tetapi secara selektif akan dinafikan kepada umat Islam yang ingin bersuara mengenai kelebihan dan keunggulan Islam kepada umat Islam sendiri.

Inilah contoh sifat hipokrit bertaraf longkang.

Dan mereka(orang kafir) sebenarnya sangat takut pada bayang-bayang Dr Zakir Naik!

Ketidakyakinan pada “kekuatan” agama sendiri begitu menyerlah, dengan harapan kebatilan ugama dan ideologi mereka akan dapat disekat daripada terburai di hadapan khalayak ramai sekiranya Dr Zakir Naik berjaya dihalang daripada berceramah.

Pemerhatian Kedua ialah diamnya parti politik dan golongan ala-ala Islamis yang terlalu teruja dengan semboyan “Rahmatan Lil Alamin”, “mereka adalah bukan-Islam, tidak hairanlah mereka menolak”, “Hidayah Allah yang beri”, “kita perlu berdakwah secara harmoni, hikmah dan sejahtera” lalu tidak segan silu menjalankan hubungan romantik dengan pihak-pihak yang seringkali berada di posisi menentang umat Islam dan kepentingan Islam di dalam banyak kes.

Jika anda mahu membaca teks lengkap yang amat menarik, sila rujuk
http://www.ismaweb.net/2016/04/terima-kasih-dr-zakir-naik-kerana-membantu-kami-mengenali-siapa-kawan-siapa-lawan/


Anonymous said...

Yang paling gembira dgn pembatalan sesi Dr Zakir Naik adalah DAP kerana sikap anti Islam mereka. Kedua pula adalah PAN yakni talibarut DAP

Anonymous said...

Wahai umat Islam, kita telah melihat bagaimana pemimpin-pemimpin kafir yang mewakili parti-parti kafir telah menfitnah dan menghalang Dr Zakir dari memberi ceramah Islam kepada umat Islam di negara ini. Ini bererti mereka tidak menghormati hak kita sebagai umat Islam dan penduduk majoriti negara ini tetapi pada masa yang sama mereka mahu kita menghormati hak mereka. Inilah satu bentuk kemunafikan ( hypocrisy)pemimpin kafir yang amat meloyakan !

Marilah kita semua memulaukan parti-parti kafir tersebut dan talibarut mereka supaya semua parti kafir tersebut kalah teruk dalam PRU14! Marilah kita semua bersatu menyokong dan mengundi parti Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam yang membela umat Islam dan agama Islam.

Anonymous said...

yang perintah negara ni amno apasai amno buat do no
pekak bisu
sibuk bab orang kapir memamng kerja depa anti islam
amno kata pejuang islam
mana pi semua suara amno pakat tenggelam
isu ni sikit saja tu bnayak isu lain tak habeh lagi
jangan lupa tektik amno cilako

Anonymous said...

Kahkahkah...PANdir imayam sonyap,,,,,hoii PANkhianat mane ko?? Ni khinzir dh tunjuk taring..muahahahaha...pan 0000 pan mane ko...pan pan ko memePANtat larr puikk!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails