Saturday, April 16, 2016

Mufti Perak: Keluarkan Ramasamy Dari Negara Ini. M'sia Termasuk The Greater Tamil State?



PETALING JAYA: Kebiadapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Prof P Ramasamy menghina penceramah Dr Zakir Naik dengan gelaran ‘syaitan’ seharusnya dihukum dikeluarkan dari negara ini.

Demikian kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan kenyataan pemimpin DAP itu tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Malah, Harussani juga menyatakan permohonan maaf daripada Ramasamy sebelum ini tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkatan ‘syaitan’ sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu melarang kedatangan Zakir ke sini?,” soalnya.

Pada 12 April lalu, Ramasamy memohon maaf kerana menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’.

Ramasamy mengakui telah menggelar Dr Zakir sebagai ‘syaitan’ dalam menerusi catatan di Facebooknya, pada 10 April lalu, kerana penceramah itu didakwa memberi ceramah menghina agama lain.


Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.

6 comments:

Anonymous said...

Pasai apa " depa " boleh jadi berani masuk campur hal ehwal agama kita? Dulu mereka kurang ajar dgn raja2 dan hak keistimewaan org melayu. Kerana org melayu islam asyik bergaduh sesama sendiri.. Tidak mahu bersatu terutama antara umno dan pas. itu ja jawapannya.

An Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
An Anonymous said...

Salah tu.. sebab sbnrnya ialah ada PAN yg senantiasa membetulkan DAP wpun DAP salah.. bukti yg terkini adalah kes tok guru ke 3 tertinggi mereka TGPDR..

Cuba bayangkan kalau DAP buat benda betul, aku pasti setinggi langitlah dipujanya..

Anonymous said...

Maaf tanya. Harussana ni mufti perak ke mufti umngok? Saja tanya. Jgn marreehh. Huhuhu

Anonymous said...

Maaf tanya. Harussana ni mufti perak ke mufti umngok? Saja tanya. Jgn marreehh. Huhuhu

Anonymous said...

Harussani bila mau pencen? Mufti lain ramai dah pencen. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails