Friday, March 11, 2016

Tolak DAP, Ini 10 Bukti-bukti Anti-Islam..



TULISAN ini diangkat dari komen dari artikel di blog ini bertajuk  


http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-
bukti-Anonymous said.dap-anti-islam-semakin-viral/


Anonymous said.

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. 

Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: 

Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: 

Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: 

Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: 

DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: 

Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: 

DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: 

DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: 

DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: 

DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: 

Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.


March 10, 2016 at 
11:44 AM
 Delete

8 comments:

Anonymous said...

maknonya arwah tokguru salohlah kerena sokong dap

Anonymous said...

Bilo pulok T9k Guru sokong Dap???Kerjasama bukan makno sokong, ngok.

Anonymous said...

Bebudok pan mcm gitu le semua nak mudoh pikir sendiri.nama tok guru juga yg diputar.kita tak boleh cam gitu pikir mmg patut kena pikir tp kena la berpandu pd yg berkenaan.kita jemaah kata akhir letak pd mensyuarat bkn bleh buat pandai sendiri .jemaah buat kerja cara jemaah jgn nak ikut cara kipidap atau cara cara lain yg tak sepatutnya

Anonymous said...

Sama dgn umno.... Seiras tk serupa seginya sama hanya sudut yg berbeza...jd umno dgn dap sama tk serupa tp di arah yg sama apabila umno tk bersedia utk laksanakan hudud.

halim said...

elhhhhh... yng tulis ni barua UMNO

Anonymous said...

Umno dan dap sama anti islam. If umno nk islam dah lama hudud jalan d msia. Ni dah lebih 60thn. Umno barua british. Huhuhu

Anonymous said...

Pengkhianat dan munafik sahaja yang sokong sifu dan balaci roket menindas umat Islam dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah.

Anonymous said...

Pas dah lebih 60thn bila nak buat hudud? Cukup2lah nak menipu ahli2 tolol dan org2 kampung.

Kelentong Pas dan pemimpin2 mrk dah pecah.

Pas sama jer dgn parti2 sekular yg berkiblatkan demokrasi barat..

HUDUD MANA HUDUDDDD???

KAH KAH KAH!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails