Wednesday, March 09, 2016

Setuju Dengan Kebijaksanaan Presiden Pas. -Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi


KUALA LUMPUR: Politik sempit dan perpecahan hanya akan mendorong suara Melayu Islam menjadi minoriti di Malaysia.

Itu hujah Pengerusi Majlis Dakwah Malaysia (MDN), Profesor Emiritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid yang mengulas senario politik semasa.

Katanya, ahli politik tidak mengira dari mana-mana parti sekalipun mempunyai selera yang besar.

Selera politik ini jika tidak dikawal, mampu membawa kepada kehancuran ummah.

"Sudahlah kita berpecah tentang politik, kini hendak berpecah tentang akidah pula.

"Sebenarnya, cara kita berpolitik sekarang akan mewujudkan kuasa minoriti dalam negara. Inilah akibatnya apabila suara majoriti kini berpecah-pecah," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Tambahnya, masalah yang timbul ini adalah diakibatkan oleh kelompok kecil yang kerap berkelahi tanpa batas sehingga lupa prinsip Islam yang sewajarnya dipegang.

Sementara itu,Mahmood Zuhdi yang juga pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersetuju dengan kebijaksanaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti Islam itu tidak mahu bermusuhan dengan mana-mana ahli UMNO serta kesediaan partinya bekerjasama dengan parti Melayu itu dalam hal melibatkan kepentingan Islam.

"Jadi kena sokong Abdul Hadi sikit (merujuk kepada kesediaan Pas menjadi penasihat kepada UMNO), saya rasa kenyataannya (Abdul Hadi) itu kenyataan yang bijak dan yang kita tunggu selama ini kerana kesediaan beliau untuk bersama dengan UMNO walaupun UMNO musuh ketat Pas sejak berzaman.

"Sekarang penting bagi Pas dan UMNO duduk semeja bincang soal menyelamatkan bangsa. Kerjasama bukan maksudnya bergabung, sebaliknya kerjasama untuk perpaduan ummah," katanya. - Astro 

11 comments:

Anonymous said...

Kah5
Pencacai umnno dr kuliyah Wahyu ni dah dpt wahyu suruh PAS jd tuan penasihat pada umno.

Kah5

Hj hadi tentu senyum niat nya nak jadi tuan penasihat 25% akan tercapai

Yg akan tetkapai2 nnt adalah walaunta2nya...



An Anonymous said...

Dah kepanasan ke PAN..? kalau dah panas boleh pecah telur tumis bawang dan daun kecai.. kita goreng telur dadar..

Anonymous said...




Islam yg syumul yg dibawa oleh Muhammad SAW tidak pernah sekalipun bercakap soal "MINORITI"

Islam yg HAQ itu meletakkan AMANAH, Integrity dan Transparency sbg puncak "TAWAKKAL" trtiggi sekali

Islam yg HAQ itu menentang sgl bentuk Feudal serta idea2 songsang sprt isu MINORITI itu

Islam sbg Rahmatan lil Alamin itu utk sejagat tak mengira minoriti @ majoriti yg sesekali tidak akan tunduk serta merelakan KHIANAT FITNAH ROMPAK SONGLAP @ RASUAH

Anonymous said...

Khianat fitnah rompak songlap @ rasuah memang berdosa....tapi dosa paling besar bila mana ialah syirik dgn memperlekehkan hukum Allah....itu yg puak PANgkhianat tidak faham dan bodoh bertingkat2...@bangang

Anonymous said...

Memang benar tu,,islam rahmatan lila'lamiin, cuma pan sebaliknya,, pan jadi rahmatan lilkafiriin ( Dap),, kah5

Anonymous said...

HUDUD PAS DAH JADI HUDUDDUITT..

PAS PARTI PENJUAL AGAMA DAN PENGGADAI BINI..

PAS BUKAN ISLAM..ISLAM BUKAN PAS..

PARTI DAH BERUBAH JD PARTI AJARAN SESAT DIPIMPIN HADI ULAMAK JAHAT AKHIR ZAMAN.

KAH KAH KAH!!!

Anonymous said...

Mengaku ulamak yg makan gaji buta sebenarnya baruah yg dah selesa hidup bwh BN,apa dia ambil tau ke ttg kesempitan Rakyat hadapi skrg ni!Pas skrg hampas sejak Tok Guru sudah tiada.Modal ko hudud3,skrg apa cerita?Ada lebai kaki blue filem pulok tu!!Next election mmg aku sklga tak kan beri undi pd Pas.Lebai2 ni jaga kantong utk keluarga masing2.

Anonymous said...

Lawak mega. Hadi awe bijaksana. Huhu. Ni profesor emirfulus. Emirfulus. Emirfulus. Al fulooos fid duniaa. Bye bye

Anonymous said...

Kah5
Pencacai umnno dr kuliyah Wahyu ni dah dpt wahyu suruh PAS jd tuan penasihat pada umno.

Kah5

Hj hadi tentu senyum niat nya nak jadi tuan penasihat 25% akan tercapai

Yg akan tetkapai2 nnt adalah walaunta2nya...

Anonymous said...

HUDUD PAS DAH JADI HUDUDDUITT..

PAS PARTI PENJUAL AGAMA DAN PENGGADAI BINI..

PAS BUKAN ISLAM..ISLAM BUKAN PAS..

PARTI DAH BERUBAH JD PARTI AJARAN SESAT DIPIMPIN HADI ULAMAK JAHAT AKHIR ZAMAN.

KAH KAH KAH!!!


Anonymous said...

Mengaku ulamak yg makan gaji buta sebenarnya baruah yg dah selesa hidup bwh BN,apa dia ambil tau ke ttg kesempitan Rakyat hadapi skrg ni!Pas skrg hampas sejak Tok Guru sudah tiada.Modal ko hudud3,skrg apa cerita?Ada lebai kaki blue filem pulok tu!!Next election mmg aku sklga tak kan beri undi pd Pas.Lebai2 ni jaga kantong utk keluarga masing2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails