Thursday, March 10, 2016

PAS Bakal Wujud Blok Pembangkang Baharu 16 Mac. -SU PAS



Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari mengumumkan parti Islam itu akan membentuk satu gabungan baharu pembangkang pada 16 Mac ini.

Takiyuddin berkata langkah tersebut sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 nanti susulan keputusan mereka enggan menyertai Pakatan Harapan.


"Pada 16 Mac depan, kami akan umum satu muafakat dengan parti politik.
"Ia muafakat bagi menghadapi pilihan raya umum depan," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata mereka boleh bekerjasama dengan mana-mana politik selagi ia selari dengan perjuangan dan objektif mereka, tapi menolak sama sekali untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

"Dalam perlembagaan kami boleh bekerjasama dengan sesiapa asalkan objektif dan perjuangan serta tuntutan mereka sama dengan kami.
"Kami masih bersama Pakatan Rakyat tapi dengan PKR, semestinya bukan dengan Pakatan Harapan," katanya.

Takiyuddin menolak untuk bekerjasama dengan bekas rakan mereka dalam Pakatan Rakyat, DAP.

Pakatan Rakyat secara rasminya sudah terkubur akibat pertikaian dan tidak sefahaman sesama ahli parti dalam gabungan pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, pada tahun lepas satu gabungan baharu pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara membentuk gabungan dikenali sebagai Pakatan Harapan bagi menggantikan gabungan terdahulu, tetapi tanpa penyertaan PAS. (TKO)

5 comments:

Anonymous said...

Macam tu dengan umnooo pakatan pembangkang baharu selepas pru14

An Anonymous said...

Kami mahu bersama PaKaR.. bukannya PANdir biaDAP...

Anonymous said...

Biaq block keliling...
kami pun tak mau pandang dah PAS ni.
Jenis tak da pendirian.
block tebal2..tinggi2....biaq pikiran mcm katak bawah tempurung.

Anonymous said...

Semasa PRU14 rakyat Msia berbilang kaum tolak parti Pas. Jadikan Pas Pis Pus badan dakwah atau ngo.

Politik Pas haru biru slps ketiadaan TGNA.

Anonymous said...

Kah
..kah.
kah..
weiiii...sapa pun tak nak joint la dg pas pis pus ni
parti yg nak mampus
Jgn perasan org nak joint.

Kah...kah...kah...kah...kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails