Sunday, March 06, 2016

Sarawak: Jln Kg Lusut Jaya 1 Perlu Diperbaiki Segera.

Masalah jalanraya di kawasan kediaman penduduk di Kampung Lusut Jaya 1 di Lambir masih teruk dan tidak berturap sepenuhnya.


PAS cawangan Lambir telah mengadakan lawatan ke Jalan Kemiding 1 di Kampung Lusut Jaya 1 selepas menerima aduan daripada penduduk tentang masalah jalan mereka yang rosak teruk.

Menurut penduduk kampung, kampung ini telah diduduki pada pertengahan tahun 90-an dan terdapat kira-kira 15 buah rumah di kampung tersebut. Namun sehingga ke saat ini, jalan kampung mereka masih belum ada usaha dari pihak berkuasa untuk menaik taraf atau diturap dengan tar seperti jalan kampung lain yang terdapat di kawasan Lambir.

Keadaan jalan menuju ke kediaman penduduk agak rosak teruk apabila musim hujan dan menyukarkan pergerakan penduduk untuk keluar masuk ke kediaman mereka.

Oleh yang demikian, PAS Lambir mengesa pihak Jabatan Kerja Raya dan Majlis Bandaraya Miri untuk turun padang serta melihat sendiri keadaan jalan terbabit.

Menurut ketua pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Bin Paijo merangkap Penyelaras PAS DUN N72 Lambir  penduduk kampung amat berharap agar masalah mereka ini diberi perhatian sewajarnya dari pihak berkuasa.


Kerjasama dengan pihak berkenaan untuk membaiki jalan serta menurap jalan tersebut dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails