Monday, March 07, 2016

Deklarasi Rakyat: Ini Yang Cuba Di'sorok' Oleh Semua Portal Dan Blog Propembangkang..

LAZIMNYA dalam sains politik, apa-apa perbuatan waima tidak sengaja atau mungkin dibuat secara jenaka akan ditafsir dengan maksud tersirat daripada tersurat hinggakan ada kala ia lebih digemari daripada kisah sebenarnya.
Begitulah juga dalam kes Deklarasi Rakyat yang cetus kejutan terbesar ramai penganalisis politik tanah air Jumaat lalu setelah ia dilihat dari sudut lawak kelakar apabila melibatkan negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.
Ceritanya bukanlah kerana ia mula ditandatangani bekas perdana menteri itu sebaliknya ketidakhadiran wakil musuh ketat beliau – Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Sehari sebelum Mahathir muncul di Rumah Kelab PAUM di ibu negara, anak Anwar itu beri amaran kerjasama dengan bekas presiden UMNO tersebut bukan untuk ‘hapus’ dosa-dosa lampau 22 tahun memerintah Malaysia.
Atau cakap mudah, pemimpin PKR itu masih berdendam dengan Mahathir yang bertanggungjawab ‘sumbat’ ayahnya ke dalam jel akibat kes liwat pertama pada 1999 dan berterusan kepada kes liwat kedua pula tahun lalu.
Rupa-rupanya dendam Anwar Ibrahim terhadap Mahathir belum lagi hilang walaupun mereka kongsi matlamat yang sama iaitu untuk gulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menerajui negara dan parti pemerintah.
Maka ketiadaan Wan Azizah di sebalik kehadiran pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu mengundang banyak persoalan yang cuba ‘disorok’ oleh semua portal berita dan blog propembangkang.
anwar-ibrahim_mahathir-mohamad
PKR sebaliknya diwakili timbalannya, Azmin Ali yang memang diketahui tidak ‘sekepala’ dengan Wan Azizah sejak sebelum Langkah Kajang pada 2013 selain seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua yang dianggap oportunis situasi.
Bayangkan jika Wan Azizah dan Nurul Izzah muncul di situ malah bergambar dengan Mahathir, maka impaknya pasti lebih besar meskipun akan dilabel inilah contoh terbaik teori Machiavelli – matlamat menghalalkan cara!
Sekiranya berlaku, nampak sangatlah Mahathir, Wan Azizah dan Nurul Izzah betul-betul dianggap terdesak tahap kronik untuk misi menjatuhkan Najib sehingga terpaksa mengenepikan maruah diri ‘jilat balik ludah di langit’.
Malangnya dua anak-beranak itu tidak hadir dan menyelamatkan ‘air muka’ Mahathir, tetapi pada masa sama beri mesej jelas, Anwar masih berdendam dengan bekas bosnya itu yang disifatkan ‘firaun, diktator dan mahazalim’.
Jelaslah di sini keluarga Anwar masih punya prinsip harga diri tinggi iaitu tidak memaafkan dosa-dosa fitnah jahat Mahathir terhadap dirinya, sekali pun sanggup bersekongkol dalam konteks sebagai kumpulan siasah anti-Najib.
Lebih lucu, sehari sebelum majlis tandatangan Deklarasi Rakyat itu berlangsung, tersebar satu surat pekeliling Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli konon Mahathir akan buat sidang akhbar mengenai fitnah terhadap Anwar.
Dicanangnya ke seluruh alam bahawa Mahathir akan mohon maaf terhadap Anwar atas kesilapan lampau yang menjadi asas kenapa Nurul Izzah ‘berani’ keluarkan kenyataan dia sekeluarga tidak memaafkan dosa Mahathir.
anwar mahathir2
Penyebaran memo PKR itu yang kemudian dinafikan ibu pejabat PKR sendiri menunjukkan Anwar berjaya perguna Mahathir sebagai batu loncatan untuk capai cita-cita peribadi – tumbangkan Najib waima apa cara pun.
Malang sungguh Mahathir yang licik berpolitik akhirnya ‘dikencing’ Anwar apabila Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak hadir pada majlis deklarasi itu, malah Mahathir dikutuk pula sebagai ‘orang tua nyanyuk tidak sedar diri’.
Ironi, jentera maya propembangkang yang mungkin mahu ‘membersihkan’ imej Mahathir sampai tergamak pula menyenaraikan nama Nurul Izzah sebagai konon antara 58 individu yang menandatangani Deklarasi Rakyat itu.
Tidak ketinggalan beberapa nama profil tinggi yang ada dinyatakan dalam surat palsu Rafizi tersebut antaranya konon Tan Sri Zaman Khan, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Shamsuri Arshad dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Di sini sahaja sudah membuktikan jentera siber propembangkang sudah sampai ke peringkat buat cerita epik bagi memastikan rakyat terpesona aura Mahathir selepas mendapati respons awal berita deklarasi itu sebagai negatif.
Tanpa sedar, mereka menyebabkan rakyat khasnya umat Melayu Islam menyedari ada sesuatu tidak kena dengan Deklarasi Rakyat konon bertemakan Selamatkan Malaysiatetapi berubah kepada Selamatkan Mahathir pula!
Lebih teruk, majlis tandatangan deklarasi itu menyerlahkan ‘gaya’ politik Anwar mengeksploitasi keadaan gawat dengan berjaya menjadikan Mahathir sebagai bahan kempen secara tidak langsung. – IH/Mynewshub.cc
pakatun

12 comments:

Ali said...

Ko je yg menilai tahap bodoh ko..rakyat Malaysia tau mana salah mana betul... Tak usah temberang la..

Anonymous said...

HAHAHA...............KIHKIHKIH.
En.Ali...dah sain lom deklarasi tu.....???
Saya sudah melalui blog A.Kadir Jasin.
Deklarasi bukan berkaitan parti politik atau
amana-mana individu.
Deklarasi Rakyat melangkawi segala-galanya,
termasuk politik sempit, racism dan agama.
Deklarasi menuntut - orang yang bersalah dihukum,
melahirkan masa depan yang lebih gemilang dengan
sistem demokrasi dan pentadbiran yang telus dan
berprinsip.

Anonymous said...

Jadi, Mat Sabu temberang le, kata rakyat Msia bodoh, bangang, bahlol, tolol macam kamu..
hi hi hi. JJlge

Anonymous said...

Ini lah politik ,jangan tak faham .Tapi yang aku tak faham dan gerun ialah amanat Hj Hadi mengkafirkan orang melayu islam umno sehingga tercetus kes memali kerana hasutan amanat kafir mengkafir ini kemudian sekarang kau dan HJ Hadi boleh jilat UMNO orang UMNO serta pemimpin umno paling rasuah dalam sejarah malaysia moden dan penyeleweng RM 2.6 billion harta negara kemudian menghilangkan RM 42 billion wang jaminan kerajaan atas 1MDB ,tak takut dosa ka hoi hj hadi.

Anonymous said...

Makan dedak murah ibnuhasyim ni....woi tak loyer ke tekak lu bro........

Anonymous said...

kih kih kih...

Anon March 7, 2016 at 11:01 AM hang buat lawak ka...

dulu hangpa jugak yang tuduh haji hadi nak ug ngan ameno...

tiap-tiap hari asal ada kesempatan dan kesumpitan hangpa musti tak kesempitan tuduh haji hadi nak ug ngan amno...

tengok-tengok ug haji hadi ngan ameno tah ke mana...

tup-tup orang lain pulak yang dok ug dengan pengasas amno baru...

Anonymous said...

hang tengok gambar najib dgn hadi dan harun din sudahlah. biar gambar berbicara. walaun tetap walaun

Anonymous said...

apakah cukup diorang ( Mahathir dan malaon-malaon tu ) membuat kesimpulan bahawa keputusan mereka adalah Deklarasi Rakyat sedangkan Mahathir sendiri di ludah dan dikahak oleh lebih separuh rakyat Malaysia (hanya golongan anak haram saja yang menyorok dan menafikan hakikat ini ) sedangkan Ahli PKR dah nak terajangkan Azmin, Ahli PAN paling pertama akan diterajangkan, Ahli DAP pun mula tak selesa ngan Bapak si LGE... mana muka-mula sicelaka yang mengada-ngada mengisytihar keputusan mereka sebagai Deklarasi Rakyat ? sebesar kuman pun aku tak bagi hak aku kepada diorang untuk mengeluarkan perisytiharan tu...

Najibur said...

dswa dan nurul bertindak betul

ini bukan dendam peribadi tapi nk tunjuk maruah dan harga diri

kerana itu pemimpin lain PKR tidak dihalang menyertai deklarasi rakyat

pkr tidak akan bawa pemimpin mereka yg bersama mahdey ke jawatankuasa

tapi umnu akan bertidak begitu

amat tidak manis jika dswa dan nurul bersama mahdey. tp niat pkr adalah sama dgn deklarasi iaitu hendak menurunkan najib.

jika dswa dan nurul bersama madey, maka akan bergendanglah puak pro najib mengatakan mereka mengadai maruah diri dan nasib suami dan sanggup bersama penzalim suaminya. ini tidak wajar dibiarkan.

sebenarnya pro najib berharap dswa dan nurul bersama mahdey supaya itu jadi tendangan penalti utk mereka menghentam pkr lebih teruk

dswa dan nurul telah memilih keuburukan yg kurang diantara dua keburukan.

ketidakhadiran mereka tidak menjejas deklarasi.


kecewa umnu kerana mereka tidak bersama mahdey. bola tersasar dr pintu gol ditepis dswa dan nurul

SYABAS DSWA DAN NURUL ! BIJAK

Anonymous said...

Teman tak tolak PAS, tapi teman nolak pemimpin2 dan walaun yg sewaktu dgnnya

An Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
An Anonymous said...

Sedangkan G18 keluar parti pun PAS x rugi apa2.. inikan pula kome..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails