Sunday, March 06, 2016

Gejala Sosial: Saman B/Mahram Bonceng Motosikal, Berkeliaran W/Maghrib.


KOTA BHARU, 4 Mac: Pihak Berkuata Tempatan (PBT) akan menyaman pasangan remaja dan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai di kawasan-kawasan tertentu di negeri ini.

Perkara tersebut akan berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja kajian mengenainya oleh semua PBT di negeri ini selesai mengikut Undang-undang Kecil Taman Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986.

Menurut Menteri Besar negeri itu, Datuk Ahmad Yakob, tindakan saman itu akan turut membabitkan remaja yang berkeliaran ketika waktu Maghrib di kawasan tertentu.

Kata beliau juga, ibu bapa diminta supaya memantau dan menasihati anak remaja mereka supaya tidak membonceng motosikal secara bebas dengan bukan mahram kerana ia salah dalam Islam.

"Tindakan itu (saman) sebahagian daripada langkah untuk membendung masalah sosial. Namun, sebelum tindakan saman dikuat kuasakan, semua pegawai penguat kuasa PBT diminta mula memberi nasihat kepada pasangan bukan mahram yang membonceng motosikal di khalayak ramai.

"Mereka perlu diberi nasihat secara berhemah untuk mengelakkan gejala sosial," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Hasrat kerajaan negeri supaya dengan undang-undang itu dapat mengawal anak-anak muda yang bebas berkeliaran khasnya di kawasan taman atau di tepi pantai.

Membonceng motosikal bukan dengan mahram sering berlaku, ini yang kita nak kawal. Trend sekarang mereka suka membonceng, bebas ke sana ke mari dan ini amat tidak baik khususnya di sisi Islam,” katanya lapor FMT (IH)

8 comments:

An Anonymous said...

Alhamdulillah.. bertambah baraqah negeri kelantan di bawah pimpinan tok guru..

Kalau di penang pasti DAP bakal melenting dgn peraturan sebegini lalu PAN lah yg akan mencari segala sebab utk mengatakan yg.DAP itu betul dan tetap betul..

Anonymous said...

Dap melenting biasa ler. Depa non muslim. Cuba tunjuk bila masa abu jahal abu lahab abu sufian tak melenting dgn nabi muhamad. Tp akhirnya abu sufian masuk islam jugak. Hidayah kerja tuhan. Ini blom apo2 ko dulu melenting. Haha

Anonymous said...

Tn admin. Minta hantor ibu fitri ke lubok buaya terdekat. Hehe

Anonymous said...

Anon 8.46 menunjukkan akhlak pendakwah terbaik...... ramai ahh oghang mau blajer samanya atu aaa..... nanti Islam boleh berkembang pesat dgn akhlak pendawah sebegini.....

Anonymous said...

Wala unta pas akan follow like buffalow. Olamak pas dianggap maksom. Walhal tengok porno pay per view di germany. Bila dah maksom dikapirkan pula pihak lain yg tak setuju. Terus follow like buffalow. Kahkah

Anonymous said...

Aikkk. Kelantan ado mb ker? Setahu ako kelantan ado tmb jer. Nama nik amar tongkat ali. Jgn marah. Gurau ajor

Anonymous said...

Aikkk. Kelantan ado mb ker? Setahu ako kelantan ado tmb jer. Nama nik amar tongkat ali. Jgn marah. Gurau ajor

Anonymous said...

Wala unta pas akan follow like buffalow. Olamak pas dianggap maksom. Walhal tengok porno pay per view di germany. Bila dah maksom dikapirkan pula pihak lain yg tak setuju. Terus follow like buffalow. Kahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails