Saturday, January 23, 2016

Perhimpunan Berakhir, Tolak TPPA Fatwa Menentang Perlu Dikel‎uarkan .

Presiden PAS.

Kumpulan yang menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016.
Kumpulan yang menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016. 


Dalam cubaan terakhir memberi tekanan kepada Putrajaya bagi menolak Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), beberapa kumpulan mula berkumpul di ibu kota pada 2 petang hari ini, 2 hari sebelum sidang khas Parlimen mengenai perjanjian perdagangan bebas itu.
Antara kumpulan kaum Melayu yang kuat mengkritik TPPA termasuk Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang akan bersatu dengan orang ramai di bawah panji Bantah TPPA.
Kumpulan lain, Kongres Rakyat adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) PAS yang disokong manakala sayap kanan kumpulan pribumi Melayu, Perkasa dijangka turut mengambil bahagian.
Kumpulan Melayu bimbang perjanjian perdagangan antara 12 negara yang direka Amerika Syarikat akan menghakis kedaulatan Malaysia dan melumpuhkan syarikat tempatan daripada membela diri terhadap tindakan undang-undang daripada pelabur asing.
Kumpulan lain yang turut menentang TPPA menyuarakan kebimbangan harga ubat akan meningkat, dan perusahaan kecil dan sederhana yang menguasai pasaran tempatan bakal mengalami kerugian.
Seorang pakar ekonomi juga berkata, perjanjian perdagangan bebas itu boleh membawa kepada ketidaksamaan dan kehilangan peluang pekerjaan yang lebih besar dalam tempoh 10 tahun.
Kebimbangan ini, bagaimanapun, turut disokong seperti persatuan perniagaan yang mendakwa persaingan yang lebih besar akan membantu syarikat menjadi lebih kukuh dan meminta pengkritik untuk menyediakan lebih banyak fakta.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) juga berkata perjanjian itu mengandungi pelbagai mekanisme yang melindungi syarikat Malaysia dan kerajaan apabila menghadapi tindakan undang-undang pelabur.
Secara keseluruhan, kerahsiaan mengenai rundingan perjanjian dan ketidakupayaan Putrajaya menjelaskan terma dengan jelas hanya menyemarakkan kebimbangan kesannya kepada Malaysia.
Kumpulan lain yang mengkritik TPPA dan dijangka menyertai perhimpunan hari ini adalah NGO Islam, Isma, Parti Sosialis Malaysia, Parti Amanah Negara dan Bersih 2.0.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga mengkritik TPPA, berkata ia adalah "sepenuhnya khusus untuk mengawal selia perdagangan" apabila Malaysia sudah bebas untuk berdagang dengan sesiapa sahaja yang ia mahu. 
Peserta perhimpunan hari ini pada mula dijadualkan berkumpul di Dataran Merdeka, tetapi sebaliknya sudah dimaklumkan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya berkumpul di Padang Merbok.
Pihak polis sudah mengepung Dataran Merdeka dan penunjuk perasaan dijangka mula berkumpul di 5 tempat pertemuan seperti di Masjid Negara, Masjid India, Masjid Jamek, Sogo dan Maju Junction.
TPPA yang melibatkan 12 negara, dijangka akan ditandatangani di New Zealand bulan depan. 
The Malaysian Insider akan membawa liputan langsung perhimpunan ini:
5 pm: Peserta himpunan menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dan perhimpunan ditutup dengan bacaan doa dipimpin Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
Peserta mula bergerak meninggalkan Padang Merbok.

4.50 pm: Pengacara majlis mengumumkan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan berucap dan merupakan personaliti yang akan menutup pesta ucapan petang ini.
"Kita harap Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan membantah TPPA.
"Jangan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan tentang makan dan minum sahaja," kata Tuan Ibrahim.
4.41 pm: Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh mengumumkan Koordinator Suaram Amir Abdul Hadi ditahan polis.
4.40 pm: Pengerusi Kongres Rakyat Azmi Abdul Hamid berkata, mereka akan terus menyampaikan bantahan kepada kerajaan agar tidak menandatangani TPPA menerusi ahli Parlimen.
"Kalau kita jadi hamba Amerika, ini adalah dosa  mereka," kata Azmi yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi.
4.30 pm: Langit kelihatan mendung di Padang Merbok seperti hujan akan turun dan ini mendorong sebilangan hadirin mula bersurai dan bergerak ke arah Dataran Merdeka.
Sayangnya, mereka beredar sewaktu orang kuat penentang TPPA Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar baru memulakan ucapannya.
4.09 pm: Haji Khalid Abdullah,55, seorang ahli perniagaan dari Sungai Buloh, berkata masih tidak jelas tentang TPPA.
“Kita memerlukan lebih banyak masa untuk memahaminya. Saya membaca ulasan pakar mengenai TPPA, kita dapat melihat kesan buruk misalnya bagaimana ia akan menyebabkan harga ubat naik dan persaingan perniagaan semakin sukar.
“Sudah tentu perniagaan kecil di Malaysia tidak mampu bersaing dengan syarikat besar dari Amerika Syarikat.
“Ahli perniagaan seperti saya, orang Bumiputera, akan terjejas. Orang Cina lebih stabil tetapi mereka juga mungkin akan terjejas,” katanya.
4.05 pm: Kumpulan diketuai PSM yang berhimpun di persimpangan Jalan Parlimen-Jalan Raja Laut kerana ia paling hampir dengan Dataran Merdeka, sudah bersurai.
Jalan yang ditutup kembali dibuka kepada trafik.
Setiausaha agung PSM Sivarajan Arumugam memberitahu kumpulan itu akan menyambung bantahan di Padang Merbok
Penunjuk perasaan berjalan ke arah Padang Merbok semasa Bantah TPPA di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016.
Penunjuk perasaan berjalan ke arah Padang Merbok semasa Bantah TPPA di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Januari, 2016.
Kira-kira 3,000 orang dianggarkan menyertai perhimpunan hari ini.
3.39 pm: Menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai demonstrasi membantah TPPA sebentar lagi.
3.30 pm: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengambil alih pentas di Padang Merbok.
 Ibrahim merujuk booklet TPPA terbitan Miti yang mempunyai gambar Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Peserta berhimpunan anti TPPA berkumpul di Padang Merbok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Peserta berhimpunan anti TPPA berkumpul di Padang Merbok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Beliau memberitahu orang ramai yang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menyertai perhimpunan itu sebentar lagi.
Ibrahim kemudian sempat berjenaka tentang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan menasihatkan beliau meminum jus produk Qu Puteh keluaran ahli kosmetik terkenal tempatan Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Vida, yang baru-baru ini menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan.
Mustapa juga berasal dari Kelantan.
Sementara itu kumpulan di Jalan Parlimen, PKR Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata TPPA akan membuka pintu kerana ia tidak akan memberi perlindungan terhadap ekonomi Malaysia.
"Malah Amerika Selatan menutup pasaran semasa kemelesetan pada 1990-an. Lihatlah data, jika data yang begitu buruk, bagaimana kita boleh membenarkannya," katanya.
3.20 pm: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah (gambar) menyertai kumpulan di persimpangan Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut.

Beliau berkata TPPA akan memberi kesan kepada perniagaan kecil.
"Demonstrasi ini adalah suara rakyat. Kami berharap kerajaan akan mendengar dan tidak 'rubber-stamp' TPPA di Parlimen.
"Kami berharap Ahli Parlimen akan mengundi mengikut suara hati, tidak mengikut parti."
Sementara itu, peserta perhimpunan Letchumanan, 52 dari Perak, berkata Miti, kementerian yang bertanggungjawab dalam rundingan perjanjian perdagangan untuk Malaysia, tidak boleh mengadakan taklimat di hotel sahaja.
"Mereka harus turun padang, bertemu rakyat yang bekerja sebagai petani atau pekerja ladang. Miti perlu menjelaskan TPPA kepada rakyat."
3.15 pm: Naib Presiden PKR Chua Tian memanaskan pentas ucapan di Padang Merbok.
Dalam ucapannya Chua memaklumkan orang ramai yang Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan menolak TPPA di Dewan Rakyat.
Hadirin yang sebahagian besarnya merupakan penyokong PAS memakai baju T hijau menyorak Chua dengan laungan "boo" sewaktu nama Amanah disebut - parti serpihan PAS yang kini berada dalam gabungan pembangkang.
Orang ramai yang melintasi berhampiran Dataran Merdeka di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman seolah-olah tidak mahu berganjak.
Peserta perhimpunan berkumpul di persimpangan Jalan Raja and Jalan Tuanku Abdul Rahman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Bagaimanapun,pihak polis meminta mereka untuk bergerak dari jalan raya.
Ahli PSM termasuk S Arutchelvan dilihat sedangn berbincang dengan pihak polis.
3.00 pm: Ahli Unit Amal PAS mengarahkan peserta perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka untuk bergerak ke Padang Merbok, di mana kira-kira 2,000 orang sudah berkumpul.
Kebanyakan mereka dilihat merupakan ahli parti Islam itu.
2.49 pm: Seorang peserta warga emas Cik Kalsom Ibrahim (gambar), 80, dari Terengganu tampil bersemangat dalam himpunan membantah TPPA ini.
"Saya bayar RM30 untuk mari ke sini. Saya dah jadi ahli PAS sejak saya mula mengundi," katanya memberitahu yang RM70 lagi dibiayai seorang pemimpin PAS setempat.
Ibu kepada 7 orang anak ini juga sudah menjadi ahli PAS selama kira-kira 60 tahun.
"Saya mula mengundi sejak anak sulung saya umur 9 bulan sekarang anak saya umur 62 tahun," katanya. 
2.40 pm: Peserta perhimpunan dari Sogo bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka.
Ketua kumpulan penentang Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman hadir dan berkata kebanyakan ahli jawatankuasa berada di sini.
"Apabila keputusan besar dibuat untuk negara ini, anda perlu mengkajinya dengan teliti sebelum membuat keputusan," katanya.
Ahli Otai Reformis, kumpulan bukan kerajaan yang menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turut menyertai perhimpunan tolak TPPA.
2.26 pm: Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj ketika berucap di depan peserta perhimpuna, berkata TPPA mencerminkan "masalah dunia hari ini, di mana 1% individu terkaya mempunyai lebih banyak wang daripada 50% mereka yang berpendapatan rendah".
"Kami tidak mengatakan Malaysia tidak boleh berdagang. Kita mesti, tetapi bukan dengan cara ini. TPPA akan membuatkan golongan 1% itu lebih kaya dan menyebabkan golongan yang lain terbeban," katanya.
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Amanah berkata: "Kita mempunyai ramai Ahli Parlimen yang tidak faham kehidupan rakyat dan tidak tahu bagaimana rakyat menderita."
Sekumpulan warga emas, wanita bongkok dilihat berjalan perlahan-lahan menyertai perhimpunan itu.
‎2.20 pm: Jah Omar, 60 tahun yang datang bersama 44 orang ahli PAS Terengganu menaiki bas ke perhimpunan ini berkata sanggup datang walau apa jua keadaan.
"Saya datang bersama kawan saya berumur 79 tahun.
"Kami akan datang walaupun dalam apa jua situasi kesihatan kami untuk beri sokongan," katanya sambil berjalan bersama rakannya yang sedang berjalan terbongkok-bongkok.
Di Sogo, Presiden Amanah Mohamad Sabu berucap di depan peserta, dengan berkata TPPA hanya menguntungkan kapitalis.
Beliau berkata Malaysia tanpa menandatangani perjanjian perdagangan itu sudah dikawal kapitalis seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang dikenali sebagai "Raja Gula" manakala Tan Sri Robert Kuok pula mengemudi kumpulan Genting.
"Dengan TPPA, orang bimbang kapitalis dari Amerika Syarikat akan datang. Malah di Amerika Syarikat, syarikat kecil menentang TPPA, katanya.
Di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja, peserta perhimpunan berarak dari Jalan Tuanku Abdul Rahman disertai kumpulan dari Masjid Jamek.
Pihak polis dan DBKL memasang benteng di sekitar Dataran Merdeka. Lapan trak polis ditempatkan di dataran tersebut.
2.12 pm: Mohd Azman Mohd Izwan, 25, dari Taiping, Perak, berkata, beliau tiba di ibu negara pada 8 pagi untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan bantah TPPA.
Peserta perhimpunan mengibarkan bendera kebangsaan sewaktu berarak ke Dataran Merdeka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
Penyokong PAS itu berkata beliau berharap Putrajaya akan menolak TPPA selepas perhimpunan hari ini.
"Saya tidak mahu negara asing mengawal ekonomi kita," katanya ketika ditemui di luar kompleks beli-belah Sogo.
Peserta perhimpunan yang berarak dari Maju Junction, sementara itu, tiba di Sogo.
Kedua-dua kumpulan itu kini bersedia untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Ramai yang mengibarkan bendera kebangsaan.
2.08 pm:  Mohd Azman Mohd Izwan, 25, dari Taiping, Perak, salah seorang penyokong PAS hari ini tiba di Kuala Lumpur untuk menyertai himpunan Bantah TPPA seawal 8 pagi.
Azman yang berkumpul di Sogo bersama seorang rakannya mengharapkan Putrajaya membatalkan penyertaan dalam TPPA selepas bantahan menerusi himpunan ini dilakukan.
”Saya datang berhimpun untuk bantah TPPA. Tak nak negara luar kawal ekonomi negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tujuan berhimpun dan pengertian perjanjian itu walaupun menjawabnya dengan kurang pasti.
1.57 pm: Orang ramai yang berkumpul di Maju Junction kini berjumlah sekitar 200 orang yang mula berarak ke arah kompleks membeli-belah Sogo.
Mereka melaungkan "Hidup rakyat", "Tolak TPPA" dan "Korprat untung, rakyat Mangsa". 
Penunjuk perasaan dijangka mula berkumpul di 5 tempat pertemuan seperti di Masjid Negara, Masjid India, Masjid Jamek, Sogo dan Maju Junction. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Januari, 2016.
150 orang sedang menunggu untuk berarak, dan kumpulan hak asasi manusia, Suaram memperuntukkan 8 ahli untuk memberikan bantuan dalam kes tangkapan.
1.48 pm: Kira-kira 200 Unit Amal dari PAS Terengganu, Pahang dan Kelantan mengawasi di kawasan sekitar Sogo
Aktivis Nor Akmar dari PKKIM Ikhlas Chow Kit berkata kumpulan itu membawa kira-kira 100 orang bagi perhimpunan tersebut, sesetengah daripada mereka merupakan gelandangan dan mereka yang mengambil berat tentang peningkatan kos perubatan.
Nor Akmar berkata PKKIM pergi kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur yang menjelaskan kesan TPPA.
PKKIM adalah sebuah NGO di bawah Majlis AIDS Malaysia.
1.27 pm: Kawasan Masjid Negara dipenuhi dengan orang ramai memakai baju T berwarna hijau dengan sebahagian besarnya bertulisan "Himpunan Fastaqim 60K". Kumpulan ini dipercayai penyokong-penyokong PAS yang ikut serta himpunan membantah TPPA hari ini.
Gerai-gerai menjual makanan ringan juga sudah kelihatan di kawasan berhampiran Masjid Negara.
Polis trafik menutup jalan dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka dan melencongkan kenderaan ke bulatan berhampiran Jalan Parlimen dan Kelab Diraja Selangor.
Jalan Parlimen berhampiran dengan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga ditutup dan kenderaan yang lalu dilencongkan ke Jalan Raja.
Berhampiran Jalan Tuanku Abdul Rahman pula, kelihatan penguat kuasa DBKL bertugas mengawal aliran kenderaan di kawasan puncak ibu kota itu.
Di sekitar kawasan Jalan Tun Perak, peserta himpunan memakai baju T hijau sudah mula meniup- vuvuzela, satu suasana lazim sewaktu himpunan-himpunan sebegini sebelum ini. (TMI)

3 comments:

Anonymous said...

bila Tony Pua menyebut nama AMANAH telah di boo oleh penyokong Pas.Ok la tu Pas telah membuktikan perangai biawak yg hodoh yg tak boleh menghormati pihak lain.Demontrasi bagi Pas seperti budak yo ya & demontrasi jalanan adalah tidak penting seperti kata Hadi. Nanti kat parlinen sapa yg tentang TPPA, sapa yg bekecuali & sapa yg akan PONTENG. Tak payah lah demo kerana Hadi bolrh bisik2/nasehat hj Najib.

Anonymous said...

mu bodo supo PAN

Anonymous said...

mung bengong serupo 'parti angkot sampoh' ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails