Sunday, January 17, 2016

Ini, Contoh Kerjasama PAS/UMNO.. Takkan Nak Salam PM Pun Tak Boleh..


KUALA NERUS : PAS tidak akan berhenti bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini.
Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan UMNO selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam program Nadwah Ulama 2016 bertajuk ‘Politik Terkini & Hala Tuju PAS’ di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) di Batu Enam di sini hari ini.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama PAS negeri Datuk Hussin Awang, dan Ketua Penerangan PAS negeri Mohd Nor Hamzah.
Kata Abdul Hadi, beliau sendiri pernah mewakili umat Islam di negara ini suatu ketika dahulu untuk menjadi orang tengah dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman.
“Pada waktu itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut.
“Dengan urusan diplomatik itu, saya telah berjumpa dengan para pemimpin puak-puak yang bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian. Maknanya pada masa itu kita (PAS) telah jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya UMNO,” katanya.
Abdul Hadi juga berkata beliau pernah berkongsi pandangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa.
“Antaranya saya telah beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh Islam negara itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama.
“Kita juga sedang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalin, takkan tak boleh.
“Takkanlah nak bersalam pegang tangan pun tak boleh,” jelasnya- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Contoh kerjasama PAS/UMNO yang sedang berjalan....
  • sama-sama menegakkan syiar Islam.
  • pernah mewakili umat Islam di negara ini suatu ketika dahulu untuk menjadi orang tengah dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman.
  • telah beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh Islam negara itu daripada tahanan. 
  • sedang meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Tak perlu layan puak taksup  yang berpendirian, “nak bersalam pegang tangan dengan PM pun tak boleh.” Tapi kalau pemimpin DAP, PKR, salam dan duduk sama-sama PM boleh pula..

19 comments:

Anonymous said...

Ckp lain tk serupa bikin..... Kata nk jalin kerjasama dgn sesiapa saja..... Tp kenapa istihar musoh dgn pan,dap. Islam mmenyeru kta berkenal kenal..... Berdakwah pamerkan islam Tuu baik.... Tk pentingkan jawatan..... Tk tikam kawan.

Anonymous said...

Ko nk berkawan ke dgn org munafik?? Silalah berkawan kalau nk tau perangai org munafik... dan ko nk berkawan ke dgn org yg menentang agama ko?? Setahu aku la... pas tk pernah kacau pun apa2 agama kt malaysia ni... fikir2kan

Anonymous said...

DAp tu kafir bukan munafiq. Nabi pun tak melakukan kekerasan pd Abdullah bin Ubay sedangkan terang terang sudah diwahyukan tuhan di memfitnah Aisyah.
Sapa kamu nak kata orang lain munafik, ada PhD dlm shariah ka atau tamat Tingkatan Lima sahaja.

Anonymous said...

sebelum itu sotong dan macai nya siang malam dok kutuk Dap bantah hudud . sekarang dah jadi penasihat dan cadang nak bergabung pulak kerana islam itu memang perkara baik utk islam , jadi apa cerita pulak pasal HUDUD tarak suara pun .... semua pasal $$$$$$$$ , hyprocite tok lebai ni

Anonymous said...

Otak orang Pas masa kini sama aje dengan Anonmouse 3.53.tak bolih langsung nak tarbiah,ada aje alasanya .munafiq lah .kafir lah.macam2 kata pada DAP .tetapi bila di soal mengapa di Selangor ni masih makan babi bersama DAP? ibn Hasyim tolong jawab sikit.Apa hukumnya sekiranya kita makan ayam atai ikan yang telah digulai dalam satu periuk dengan daging babi ,Halal ke ikan dan ayam itu?.Hendap DAP tetapi di Selangor jadi abbi tunggangan DAP .Jenis penulis Ibn Hasyim ni pun sama .nampak wajah macam cerdik tetapi optaknya dah basuh menjdi robot.

Anonymous said...

Tuan admin.bukan tak bolih salam dengan PM .bolih .tak salah pun .tetapi kalau dah salam jari masing2 berkorek seolah2 masing2 faham apa yang di niatkan itu yang menjadi msaalah pada aku ni sebagai ahli Pas bawahan.Jangan lah admin jadikan isu ini menjadi sebagai seolah2 salam dengan PM tu tak bolih .gunalah otak sikit.

Anonymous said...

Kerjasama dan bersama umno atas dasar bangsa melayu dan islam..Itu sebenarnya. Politik sembunyi2..jabat tangan dibelakang

dol said...

kunun kerjasama dgn umnu demi islam dn melayu.... tp bermusuh ketat dgn pan yg islam dn melayu juga tu apa?

dasar parti assobiyah berlabel islam. apa nk heran dgn nama dan imej islam.. IS tu lbh hebat lg imej dn kulit islamnya malah sanggup mati... tp mereka dlm kesesatan yg nyata.

salam dhn najib kerana perangai dh byk sama... pragmatik menghalal cara.. membenci kaum lain..sama2 merompak..sama2 tk peduli isu rakyat..sama2 kuat membohong.

salam najib memang tk salah tp tkcinta takkn salam kan

masa anwar dipenjara kali kedua pas sudah berpesta dn sekongkol dgn puak yg zalim. tunggulah sentuhan api neraka nanti

dulu pas jglah yg ajar ayat quran jgn cenderung hati dgn org zalim... klu salam tu takkn tk cenderung hati kot

agak2 allah sgt heran dan respek dgn parti logo telur penyu ke kerana imej islam mereka. sebb dh lams berjuang?

mana lama dgn ibadat azazil yg akhirnya jadi kafir ia?

Anonymous said...

dap bukan kafir.. dap parti politik yg juga ramai ahli org islam yg baik

jgn sampai kita mengkafirkn saudara islam kita dlm dap dgn anggap pukul rata dap kafir...takut nnti kita yg jatuh kafir.

masuk dap bukan bermakna keluar islam.

tp klu sokong pas sekarang ini belum tentu perjuang islam juga.

sebb pas dh jadi parti assobiyah berlabel islam cop jakim la umpamanya

bagaimana pas tk assobiyah...pas klntan yg rompak balak disenyapkn dn dibela... golongan progresif yg tk rompak malah berjuang dgn baik dihina kutuk fn disingkir cr keji dan kotor mengakahkn zionis.

itula pas dibawah hadi yg condong kpd syiah dn khawarij ala IS sekrng ini

Anonymous said...

Kita mengundi PAS samalah mengundi UMNO musih tradisi politik kita selama ini. Jangan undi PAS, jangan khianat diri sendiri.. PAS sekarang bukanlah PAS yang dulu... Sekarang giliran.kita pula U-Turn...
Im not a robot.

Anonymous said...

Hoi anonymous 11:42 PM. Kamu adalah robot DAP sama seperti PAN. Mungkin kamu juga mengkhianati. Kalau wakil rakyat yang masuk PAN dengan bawa lari kerusi PAS miliki maruah, sila kosongkan kerusi. Pasti tidak berani. Memang PAN macai/balaci DAP...betul... betul...betul
@ishak - bayan baru, penang.

Unknown said...

DAP menentang hudud wpun utk org Islam dan PAN bwk lari kerusi PAS dgn muka selamba nya.. Kalau aku jd presiden PAS pun aku anggap musuh juga..

Unknown said...

Aku rasa kalau syiah tu lebih kpd PAN.. Kalau x percaya sape ada gambar salah seorg pemimpin utama PAN pergi solat jumaat.. X de wooo..

Manakala DAP yg kita tahu melalui bekas org kuat DAP si razali tuh mmg dilatih oleh zionis yahudi iaitu G17..

Manakala kes balak di Kelantan pula sampai hari ni x de bukti kerana bukti yg ada pada husam pun hanya yg direkacipta..

Masuk PAS confirm perjuang Islam sbg bukti mana ada kita tolak hudud kalau DAP tolak hudud..

Kalau kita kata DAP kafir tu bermakna merujuk kpd majoriti bkn Islam dlm DAP.. X payah nak berbelit2..

Unknown said...

Bilamasa PAS nk bergabung dgn UMNO?.. X pyh nk fitnah buang masa org aje.. Kalau DAP dan PAN mmg dah terbukti la sampai sanggup tolak hudud..

Unknown said...

Sampai macam tu sekali PAN dgn DAP di seluruh negara!! Geli lah..

Unknown said...

Apa nak dirisaukan ahli bawahan PAS..kami dah sepakat sokong TGHH.. Dah lupa ke bilamana macam2 tuduhan dibuat oleh DAP dan G18 sebelum muktamar.. Dan kini nak risau buat apa.. PAN dan DAP tuduhlah apa2 pun kami tetap bersama dgn TGHH yg x akan tolak hudud kalau DAP tolak hudud macam PAN!!

Unknown said...

Kalau sepakat dgn DAP tolak hudud nak panggil politik apa plk..

Unknown said...

Sbb PAN bwk lari kerusi PAS dan bersekongkol dgn DAP tolak hudud!!

Unknown said...

Habis tu demi islam dan melayu,takkan nak undi PAN yg berkomplot dgn DAP tolak hudud!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails