Monday, October 19, 2015

Leka Judi Bola Golek, 21 Ditahan. Akta Rumah Judi Terbuka

KAJANG – Kegiatan haram 21 lelaki termasuk dua penganjur yang sedang leka bermain judi bola golek membawa padah apabila kesemuanya diberkas dalam satu serbuan di sebuah kawasan lapang di Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda dekat sini kelmarin.
Sumber polis berkata, serbuan pada pukul 10.15 malam itu diketuai oleh Asisten Superintendan Sobri Baki bersama dua pegawai dan 16 anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Katanya, dalam serbuan itu, polis menahan lima lelaki tempatan termasuk dua penganjur, 15 warga Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berusia antara 19 hingga 54 tahun.
“Selain menahan suspek, polis turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk bermain judi bola golek seperti kayu penyendal, papan carta, 190 cip judi, sebiji bola, alat penimbang air dan wang tunai RM6,403.
“Siasatan mendapati, kegiatan judi tersebut menjadi tarikan buat warga asing yang menetap di kawasan kampung tersebut dan mereka memulakan aktiviti pada pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, semakan mendapati, beberapa warga asing yang diberkas itu tersebut tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Kesemua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Itu akta judi haram menurut kerajaan Malaysia, judi tak haram menurut kerajaan tapi haram menurut Islam, bagaimana?
Oh, Malaysia tanah airku.. (IH)

Video: MKL Crimedesk | OPS Judi Papan Golek Bola

1 comment:

Anonymous said...

Kalau mengikut perkiraan dan pemikiran Ibnu Hasyim,ini juga salah UMNU kerana terlalu banyak bagi duit kepada rakyat melalui BRIM. Duit banyak tak tahu nak buat apa. kah..kah..kah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails