Tuesday, July 14, 2015

Tiada Sebab Keluar Dari K'jaan S'gor -Datuk Iskandar Abdul Samad


Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab Adun PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu. - Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015. Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab Adun PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu. - Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.

PAS Selangor tetap bersama kerajaan negeri Selangor kerana keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini hanyalah memutuskan kerjasama politik dengan DAP.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata tiada sebab ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu.

"Sekiranya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat maka ketika itu PAS mungkin perlu menarik diri daripada sebarang kerajaan pakatan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iskandar yang juga naib presiden PAS turut menegaskan kerajaan Selangor hari ini masih kerajaan Pakatan Rakyat berikutan tidak pernah ada pengumuman daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali yang kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Selain itu, beliau berkata tiada juga sebarang pengumuman bersama daripada pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP pakatan itu sudah tidak lagi wujud.

Pada Sabtu lepas, Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik parti itu dengan DAP terbatal berikutan tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP mengecam serta melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat. - Bernama, 13 Julai, 2015.

2 comments:

anak2 baling said...

Salam..
Aku ahli pas bawahan ni pun pening dgan kelaku pmimpin2 atasan parti..mcmana la hangpa ni pikir..makin melalut aku tgok..tiada prinsip..bila dh cmform putus tp xputus..putus ngan dap xputus ngan pkr..bkan ke tuang presiden kata psiden pkr xlayak jd pmimpin..satu dunia tahu kluar dr mulut tuang presideng sndiri..siap ada yg boikot plihanraya lg psal pkr tolak hudud..lani bleh plak..aku ahli bawahan parti ni smakin pening,pening,pening ngan kelaku pmimpin pas lani..makin bcelaru..mcmana ahli bwahan mcm aku nk wala pda pmimpin klau pmimpin tiada prinsip..bkan aku saja bfikiran dmikian malah ramai lg ahli2 bwahan mcm aku brfikiran serupa..kami pening wei ngan kelaku hangpa..

Anonymous said...

Exco pas selangor ngok sungguh. Msu dah putus dgn Dap. X lg kejasama dgn Dap. Faham tak Iskandar. Naib presiden paling bangang dlm sejarah Pas. Now exco pas kena resign. Jika tidak rakyat akan chop kamu hipokrit munafik tidak ada maruah bodoh dan tak walak kpd Msu yg hampeh tu. Hahah. Tu lah masa muktamar bukan main sombong angkuh. Now kata Dap pulak angkuh. Rakyat mana nk terima. Kalu pilihanraya selangor now, pas akan dapat 0 kerusi. Kelantan pun kalu pilihanraya now Pas akan dapat hanya kurang drp 10 kerusi. Terimakasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails