Tuesday, July 14, 2015

S'gor: Penggerak Parti Baru Gugur Ahli PAS. ADUN/AP Atas Tiket PAS Perlu Letak Jawatan?


PAS Selangor berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti. Demikian Menurut Malaysiakini.

Merujuk kumpulan itu sebagai “bekas ahli kita”, PAS negeri juga mengarahkan semua jawatan yang pernah disandang mereka akan dipangku dengan serta- merta menurut kaedah perlembagaan.

"Berkuatkuasa serta merta semua kepimpinan Selangor di peringkat kawasan dan cawangan agar mengambil dan memangku jawatan yang telah dikosongkan oleh mereka yang telah berpindah ke parti baru.
“Ini selaras dengan perlembagaan pas yang ada,” kata setiausahanya Mohd Khairuddin Othman, lapor Malaysiakini lagi.

Dalam kenyataannya lewat petang ini,  Khairuddin juga menegaskan bahawa PAS Selangor akan terus berperanan dalam kerajaan Selangor yang sekarang dipimpin menteri besar PKR.

“Dan kita yakin Pas akan tetap menjadi parti teras di Selangor dan Malaysia ini, dan sebarang kelemahan yang ada akan kita perbaiki,” katanya lagi.

Hari ini kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan sebuah parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan kumpulan itu turut bertujuan memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”. Pemimpin PAS daripada Selangor yang terlibat dalam sidang media G18 pagi tadi termasuk Khalid Samad, Mariah Mahmud, Dzulkefly Ahmad dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Soalnya sekarang menurut Weblog Ibnu Hasyim, bagi YB Ahli Parlimen atau ADUN yang menang atas tikket PAS adakah bermaruah mereka mengekalkan jawatan YB mereka atas nama PAS, atau perlu meletak jawatan dan dipertandingkan semula atas nama parti baru mereka? (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Yb-yb yang bermaruah akan meletakan jawatan seperti mat sabu tapi adakah Yb-yb PAS dan penjawat yang sedang menjawat jawatan di pulau pinang yang ditadbir oleh DAP akan meletakkan jawatan jika hendak mengikut perlembagaan PAS usah bercakap tentang ahli yang akan bertukar haluan tapi tumpukan dulu pada ahli dan YB yang enggan meletak jawatan di pulau pinang tu ,sebabnya mudah budak sekolah yang belum baligh politik pun boleh faham kenapa mereka enggan meletak jawatan walhal MSU sudah buat keputusan dan sekarang hendak menunggu PAS pusat pula buat keputusan, dulu kata MSU badan tertinggi sekarang badan tertingg serah pula pada PAS pusat untuk menjalankan arahan MSU apa ini putar belit yang senggaja hendak melambatkan proses meletak jawatan tapi bila di selangor melibatkan pula menteri besar padahal menteri besar sebagai timbalan presiden PKR telah pun ketahui yang PR sudah mati walaupun beliau tidak berada dalam majlis membuat keputusan oleh PKR ,apakah PAS selangor tidak faham bahasa telah mati,itu PR sudah tidak ujud walaupun PKR tidak umum secara rasmi yang PKR juga telah putus hubungan dengan PAS,ingat presiden PKR seorang ibu,isteri dan pemimpin parti dia lebih peka bukan pekak seperti presiden PAS yang membaruakan maknusia lain,dimankah letaknya hatga diri ahli dan pemimpin PAS yang sangat bangga dengan seorang presiden yang begitu rupa,buat keputusan tapi tidak ikut dan patuh pada keputusan,sekarang bila anka buah sendiri tersepit pelbagai alasan diberi untuk menegakkan yang batil.Biarkan mereka buat keputsan sama ada mereka hendak kekal atau tidak dalam PAS selagi mana parti baru tidak tertubuh.Kita tunggu apakan terjadi dengan PAS sekarang kecuali jika presiden telah rasa ber UG dengan UMNO.

Anonymous said...

LKS berdehem...terus Mat Sabu dan Mujahid letak jawatan...tapi kt dlm PAS ni org dah bersin selsema muntah loya...x jgk2 letak jawatan...so kat sapa depa walak? Itu maruah ka? Atau maruah yg dah terjual beli?

dulu kata malu kt TGNA pasai tu x jadi UG...smpi skrg pun x UG UG

dulu kata pasai malu kt ajk yg ngaku plogesip...smpi skrg pun x UG UG

yg hampir2 dgn nilai2 islam tp x islam atau yg betul2 islam dan nak ikut islam? kt sapa hang nk walak?

stop la menegakkan batil...balik la pada jalan yg Engkau redhoi

Anonymous said...

ulamak ni x berdendam...kesian takut nnt geng2 18 kene cari cina buta..so depa dipecatkan sblm tertubuh parti baru bg memudahkan hidup mereka...

sbb tu smpi skrg x keluar2 parti pas...hari2 ckp berdegar2...tp x jgk2 keluar pas...hari2 dok kutuk pas...tp x jgk2 keluar pas...tu la pasai...org suruh baiah simple xnak...nk tambah2 perisa kononnya terlalu setia sgt...akhirnya makan diri

tp ulamak ni x berdendam...xnak rosakkan hubungan dgn anak bini...biarkanlah...itu urusan mereka dgn ulamak...dan ulamak berlapang dada...maka dibuka jalan agar dilucut mereka2 ni...supaya tidakla baiah itu membebankan mereka...maka keluarla...mcm org bela hantu raya nak mati camner...krohhhh krohhhh kroohhhh...maka keluarla....

Anonymous said...

dalam pakatan rakyat 2.0 nanti PAS dah tak adalah ye...ke cammane...

Anonymous said...

memang tak salah moral jika pas kekalkan jawatan di PP kerana DAP menang atas title PR. GUANG ENG perlu bubar dun barulah PAS tiada hak. DAP perlu mandat baru. Ada brani? Lain kali jangan bodoh bila buat krputusan

Anonymous said...



PARTI BARU ? BAKAL IKUT JEJAK BERJASA, HAMIM ,AKIM,SEMANGAT 46 DAN LAIN LAIN ARWAH.....APA PUN GUD LUCK....PARTI HANYA ALAT UNTUK BERKUASA...TAK KISAH TUBUH PARTI MANA PUN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails