Wednesday, July 15, 2015

Kerjasama UMNO/GHB, Datuk Saifuddin/Dr Mujahid?



Pemimpin Gerakan Harapan Baru mengadakan perbincangan dengan kumpulan masyarakat sivil adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2015.














Pemimpin Gerakan Harapan Baru mengadakan perbincangan dengan kumpulan masyarakat sivil adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, baru-baru ini. - Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Julai, 2015.

Pemimpin progresif PAS yang melancarkan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada Isnin lalu menunjukkan minat dan berbincang dengan kumpulan masyarakat sivil yang direka adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, lapor akhbar The Straits Times Singapura (ST).
ST berkata bekas timbalan menteri daripada Umno Datuk Saifuddin Abdullah, yang bekerjasama dengan ahli perbankan terkemuka itu akan menggabungkan orang besar korporat dan aktivis dalam organisasi "bukan kepartian" baharu, mengadakan perbincangan dengan pemimpin GHB, dilihat sebagai bunga-bunga kepada pembentukan parti politik baharu menggantikan PAS.

"Kita sangat bersetuju untuk meneruskan kerjasama pada masa depan. Jika, contohnya salah satu daripada kita memulakan NGO dan satu lagi parti baharu, kita akan bekerjasama rapat dan berbincang antara satu sama lain, "kata Saifuddin dipetik akhbar itu.

Saifuddin berkata, beliau berbincang dengan Ahli Parlimen Parit Buntar daripada PAS, Datuk Mujahid Yusof Rawa mengenai "apa yang akan kita buat kerana mereka sering bekerja bersama walaupun berbeza pandangan politik sebelum ini".

Mengesahkan perbincangan itu, Mujahid yang juga sebahagian daripada GHB memberitahu ST beliau perlu berbincang dengan yang lain sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan organisasi Nazir.

Bulan lalu, portal berita Asia Sentinel melaporkan Nazir, yang menerajui Kumpulan CIMB dan adik kepada Datuk Seri Najib Razak bertemu pemimpin perniagaan di ibu pejabatnya di UK dan Kuala Lumpur untuk membincangkan mengenai penubuhan parti politik bukan kepartian yang baharu untuk menghentikan "politik perkauman".

Nazir kemudian menjelaskan rancangan itu bukan untuk sebuah parti politik, dan katanya beliau berbincang dengan beberapa rakan yang mempunyai idea sama seperti Saifuddin mengenai bagaimana rakyat boleh meluahkan kebimbangan mereka mengenai suasana sosiopolitik negara.

Pada Isnin, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang tewas bersama pemimpin progresif lain dalam pilihan raya bulan lalu, melancarkan GHB, satu gerakan berlandaskan Islam yang akan berpegang kepada prinsip inklusif, progresif dan kebajikan rakyat.

Sementara itu, ST berkata jalinan antara kumpulan Nazir dan GHB boleh menarik masyarakat Melayu luar bandar.

"Pengundi ini sering menghormati ahli perniagaan Melayu yang berjaya dan mereka kini semakin mengambil berat terhadap nilai Islam," kata akhbar itu memetik sumber. - 15 Julai, 2015. (TMI)

4 comments:

Anonymous said...

Strategi UMNO nak kuatkan PAS dgn jiwa SYIAH dan pecahkan GHB....Saifudin, kami tahu anda adalah salah seorang agen UMNO yang SAH. Blogger, harap TAPIS berita artikel anda kerana banyak yg berunsur FITNAH dan DIADA-ADAKAN.

Anonymous said...

Terbuka sikit, sheikh..

Anonymous said...

Bila terkena batang hidung itu semua pitnaahhhh...
tapi kalu dia buat fitnah satu doniaaa dia suruh percaya... kui kui kui...

Anonymous said...

Cukuplah....kalau berpolitik pun perlukah mendampingi atau bersama dengan mereka yang ada kena mengena dengan UMNO....
(Adik Presiden UMNO pulak tu)

Adik yang ini dibidang kewangan, yang sorang lagi dibidang perundangan. Anak tukang audit. Kita tak perlu campur dia orang ni...nanti adalah yang tak kena...
(Dr.G)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails