Monday, July 13, 2015

Jalinkan Hubungan Tidak Rasmi, DAP Bukan Musuh Tegar. -Muslimat PAS S'ngor:

Kerjasama tidak rasmi PAS dan DAP seperti sebelum 2008 perlu dijalinkan, kata Ketua Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan.

KL: Meskipun tahaluf siyasi antara PAS dan DAP kini terbatal,  Dewan Muslimat PAS Selangor menggesa kerjasama yang tidak rasmi seperti sebelum 2008 dijalinkan, memandangkan parti sekular itu bukannya "musuh tegar" parti Islam itu.

Ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan berkata kerjasama antara mereka masih boleh dijalinkan dan ia sudah pasti akan melibatkan kebaikan bersama demi kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, ini berdasarkan kepada mereka "memahami perbezaan pandangan dan sikap antara parti membolehkan mereka menjaga keharmonian politik dan kestabilan negara daripada ancaman musuh dan kuasa asing".

Hasrina juga mengharapkan tahaluf siasi antara PAS dan PKR, satu lagi rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), dapat diperkemas memandangkan PRU ke-14 sudah semakin hampir.

Katanya, beliau berharap, kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Mohamed Azmin Ali boleh menggunakan formula terbaik agar susunan sedia ada dapat dipertahankan demi mandat yang diberikan rakyat Selangor.


Sikap Wan Hasrina ini dilihat terkedepan dan selari dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang terdahulu hari ini berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat selepas Majlis Syura Ulama membuat keputusan hubungan PAS dan DAP putus.

Sementara itu, di Perak, PAS kemungkinan akan bertanding semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu selepas ia memutuskan secara rasmi hubungan dengan DAP. Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dalam satu postingnya di Facebook menulis: "Mungkin PAS Perak akan bertanding 59 kerusi DUN dalam PRU14. Meneruskan perjuangan Nabi."

Razman memuat naik status itu selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan keputusan hubungan tahaluf siasi PAS dan DAP diputuskan secara rasmi. (IH)

9 comments:

Unknown said...

Damage has been done.Luka lama berdarah kembali - Alleycat.

Anonymous said...

Pak hashim. Ini akibatnye bila pas bodoh politik. Lalu guna siku lutut n cakar rimau. Bila msu dah batal tahaluf dgn dap. So kerjasama apa lagi dgn dap? Tak rasmi tu sama dgn hubungan luar nikah le. Haramjadah. Hahahhhh. Ulamak pas dah kena main dgn dap. Muslimat & pas dah bengong. Msu dah serah kpd ajk. Padahal orang yang sama. Pas dah jadi kartun . Gara2 nk bela tuang presiden maksom. Hahahhh. Tq bro.

Anonymous said...

Good job pak hashim

Ibnu Hasyim said...

Itulah politik..

Anonymous said...

Dek kerana kebodohan pimpinan seorang presiden yang tolol dan biul anak buah semua jadi mangsa keadaan dan sekarang bertaburan dan celaru untuk membela diri demi pertahan fulus yang akan hilang menjelang aidil fitri terutama dinegeri selangor pelbagai alasan diberi untuk melembutkan hati DAP dan PKR walhal sebelum ini pelbagai tomahan dan cemuhan dilemparkan keatas presiden PKR kenapa ketika itu tiada seorang pun dari kalangan juak PAS membela presiden PKR yang dihina oleh presiden PAS termasuk Anuar yang diaibkan oleh presiden PAS yang telah diburaikan oleh mantan SUA PKR Saifudin Nasution,apakah PAS tiada maruah dan harga diri sekarang ini dengan memuji Azmin Ali untuk tidak memutuskan hubungan dengan kepimpinan PAS sekarang,fikirlah ini bukan saja politik tapi harga diri sebagai seorang islam yang bergelar ulama yang perjuangkan aqidah dan taqwa.terutama dibulan yang mulia ini.

cikmatgelap said...

ketara sangat golongan al munafikun yg memimpin pas sekarang ini

Anonymous said...

DAP bukan musuh tegar bagi sebuah parti "Islam"? Nak buat lawak yang tak kena pada tempat ke?
Read my lips : DAP ialah parti Komunis Evangelis Kafir Harbi Babilah!!!! Ada faham? Benda yang mudah macam ini pun tak boleh nak faham, macam mana PAS boleh bangga diri mengaku diri sebagai parti yang memperjuangkan Islam.Tak logik langsung.

Anonymous said...

sudahlah makcik.....

pilih 1 antara 3....

1. keluar PAS masuk parti baru ganti PAS

2. masuk DAP atau PKR (takkan jadi kapir nya)

3. pencen politik

tak takut ke dituduh tak wala' dan diperkuda DAP?

Anonymous said...


Read my lips : DAP ialah parti Komunis Evangelis Kafir Harbi Babilah!!!!

.....

sapalah bodoh read my lips ni.

kalau dh DAP tu harbi apa tunggu lagi.. perang jihad lahh. menjerit2 mcm serigala atau anjing tk guna.

ckp mcm org gila

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails