Monday, July 13, 2015

Pegaduhan Low Yat: Bertenang & Selesaikan Cara Baik -PAS


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta orang ramai suapaya bertenang dan tidak mempercayai provokasi yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

"PAS ingin merayu dan meminta semua pihak yang ada dalam negara ini, terutamanya di kawasan sekitar titik panas Bukit Bintang Kuala Lumpur bertenang dan mengelakkan sebarang provokasi baharu yang boleh menghangatkan suasana.

"Jangan kita cemari keharmonian pelbagai kaum dalam negara ini dengan insiden yang boleh melebarkan hubungan baik semua pihak yang sedia terjalin sejak zaman berzaman,"katanya memetik laporan Astro Awani.

Baliu berharap kekecohan ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah.

"PAS meminta semua pihak agar menangani semua isu yang timbul, walau apa pun puncanya, dengan jiwa terbuka dan penuh dengan kesabaran terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini," katanya lagi.

Kekecohan semalam menyebabkan dua orang wartawan telah cedera selepas kira-kira 400 orang berhimpun di luar Plaza Low Yat telah merusuh.

Kejadian ini didakwa berpunca daripada satu kes curi telefon di dalam plaza berkenaan. . (IH)

5 comments:

Anonymous said...

Pesanan kepada Tuang Guru Haji Hadi ::: (sesungguhnya kamu telah banyak melakukan kerosakan pada Agama Islam di Malaysia ) Janganlah kamu menjadi seperti Mustafa Kamal Artaturk. Bertaubatlah...insafilah...moga taubat kamu diterima Allah swt.

Unknown said...

Salam, Aikkk menteri mana pulak ni minta selesai perkelahian cara baik. Aku tak tau pula Hj Hadi jadi Menteri KDN.. (atau memang GILA nak jadi menteri?)

Anonymous said...

Kenapalah tuang presideng x beri pil kuda bagi mententeramkan mereka, . tengok kan sekarang apa dah jadi macam jebon , barua kut yg provoke mereka ni.

Anonymous said...

Alang2 bersuara, tak mau ke potong tangan budak melayu tu. Rasanya kalau hudud cukup semua syarat tu... lupa pulak RUU tak bentang lagi.... kalau lulus pun takleh potong tangan.

Anonymous said...

Otak ko mcm separuh elok dan separuh cacat.. tp lebih kepada cacat.. keh keh keh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails