Thursday, July 16, 2015

Awas Taktik Ugut Sebar Gambar Bogel Di Laman Sosial..

PENGGUNA
KL – Taktik menggunakan wanita seksi sebagai umpan untuk menggoda lelaki Malaysia berbogel sebelum mengugut menyiarkan gambar mangsa di laman sosial kini semakin serius.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, sindiket dipercayai didalangi warga Nigeria itu telah menyebabkan kerugian sehingga RM1.5 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2015.
Katanya, sindiket itu biasanya cuba mendekati mangsa melalui Facebook sebelum mereka saling berhubung menggunakan aplikasi Skype yang dilengkapi kamera perakam. Kebanyakan mangsa terpedaya dengan suspek yang kononnya mahu memuaskan nafsu dengan melihat mangsa berbogel.
Jelasnya, gadis-gadis gebu dan seksi itu akan merakam video atau gambar secara rahsia selepas berjaya memujuk mangsa mendedahkan tubuh atau mengajak mengadakan perbualan seks. Suspek kemudian mengugut untuk menghantar rakaman berkenaan kepada saudara dan kawan sekiranya mangsa enggan membayar wang. (Kosmo!)

Tahniah Biro Pengaduan Awam MCA. Kerja-kerja kebajikan membongkar kes-kes begitu begitu bagi membantu orang ramai berjaga-jaga, sebenarnya adalah disuruh oleh Islam. Kerja-kerja yang patut dibuat oleh kumpulan-kumpulan Islam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails