Tuesday, July 14, 2015

Gerakan Harapan Baru, Apa Kata Tuan Ibrahim Tuan Man?


Tuan_IbrahimUlasan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan tindakan kumpulan prograsif PAS menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
“PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru (GHB) ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.
“Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.
“Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama,” katanya dipetik The Rakyat Post.
Beliau juga berkata pemimpin-pemimpin PAS yang terlibat menyertainya masih lagi tertakluk kepada Perlembagaan PAS dan akan diambil tindakan tegas.
“Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.

“Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti,” tegasnya. (IH/Ekele)

1 comment:

Unknown said...

PEDULI APA DENGAN PERATURAN PARTI. KALAU DAH SANGGUP SERTAI GERAKAN HARAPAN BARU MAKA PAS NAK AMBIL TINDAKAN APA PUN DAH TAK KISAH. TAK PAYAH LAH NAK GERTAK2. BUANG SAJA KAMI2 NI. PAS SELEPAS ERA TOK GURU NIK AZIZ DAH TAK BERMAKNA LAGI BAGI KAMI. YANG ADA SEKARANG NI NAMPAK MACAM DAH TELAN PIL KUDA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails