Wednesday, July 15, 2015

Parti Baharu Proksi DAP, Tidak Akan Kekal Lama, Kata Mustafa Ali.

Bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Gerakan Harapan Baru hanya proksi kepada DAP, ketika ditemubual baru-baru ini. - Gambar The Malaysian Insider, 15 Julai, 2015.

Persepsi umum terhadap Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang diumumkan pembentukan secara rasmi Isnin lepas disifatkan hanya proksi kepada DAP semata-mata dan tidak akan kekal lama, kata Datuk Mustafa Ali.
Bekas setiausaha agung PAS yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya parti Islam itu berkata, beliau tidak kisah sangat dengan gerakan kepada pra sebuah parti baharu ini.

"Apa matlamat Harapan Baru? Ia hanya kesinambungan daripada pasma yang diharapkan DAP untuk ganti PAS," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Mustafa berkata demikian beberapa jam selepas Harapan Baru diumumkan secara rasmi pada satu sidang media di Kuala Lumpur Isnin lepas oleh pengerusinya yang juga bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Hampir semua pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan muktamar ke-61 Jun lalu menyertai sidang media ini kecuali beberapa orang termasuk bekas naib presiden Datuk Husam Musa yang tidak sihat dan bekas ketua penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Turut menyertainya adalah 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang digantung keahliannya oleh PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Parti baharu tiada apa-apa kekuatan

Mustafa berkata, parti baharu yang akan dibentuk ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan pihak lain khasnya DAP.

"Persepsi Harapan Baru hanya proksi kepada DAP sahaja, ia adalah sebuah parti yang disokong DAP dalam apa bentuk sokongan sekalipun. Parti ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan DAP," katanya.

Beliau mendakwa, kepimpinan PKR masih belum lagi memberikan sokongan sepenuhnya kerana hanya sebahagian kecil yang menyokongnya.

"Majoriti PKR bersama PAS," kata Mustafa yang tidak dilantik semula sebagai setiausaha agung PAS.

Katanya, parti ini lahir selepas usul muktamar PAS dilaksanakan DAP walaupun ketika itu Majlis Syura masih belum membuat keputusan lagi.

"Dalam PAS, perkara yang melibatkan undang-undang bukan diputuskan muktamar tetapi Majlis Syura," katanya ketika menjelaskan pihak manakah yang memberikan kata putus dalam PAS.

Walaupun sebuah parti baharu bakal dibentuk hasil perpecahan dalam PAS, Mustafa menganggap krisis ini tidak besar dalam parti Islam itu dan hanya perkara biasa.

"Ia hanya kes beberapa pimpinan tidak puas hati masa pilihan raya. Bukan suatu yang spontan walaupun buat pertama kali jawatan presiden dipertandingkan," katanya.

Salahkan Asmuni Awi

Mustafa berkata, beliau melihat krisis yang lebih besar dalam PAS iaitu pada 1977 di mana rakyat nampak tidak puas hati dan menunjukkan protes sehingga parti Islam itu hilang kerajaan negeri Kelantan.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan "budaya cai" yang diamalkan dalam pilihan raya baru-baru ini sehingga satu blok kepimpinan PAS tersingkir.

Beliau mendakwa tidak tahu perkara ini sehinggalah selepas muktamar dan meletakkan kesalahan kepada pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Asmuni Awi yang membenarkan cara ini.

"Rupanya ada kenyataan daripada Asmuni, pengerusi SPR yang berkata ganti nama ok, bukan serang pihak lain. Ia dikaitkan dengan cai," katanya yang mengakui kumpulan konservatif membuat cai semasa pemilihan baru-baru ini.

"Kalau saya tahu, saya tegur dari awal. Saya tidak suka kempen dalam parti sebegini.

"Saya langsung tak sentuh pilihan raya kali ini. Saya serah 100% kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan Asmuni," kata Mustafa. - 15 Julai, 2015. (TMI)

10 comments:

Anonymous said...

Apa2 sajalah PASCAI.... PRU14 tiada undi untuk you... sekurang2 8 undi

Anonymous said...

Dah mula senada dan seirama dengan UMNO, kutuk dan kaitkan lawannya dengan DAP.

Macam orang bodoh bercerai, asyik kutuk bekas isteri jer....sebab nak tutup buruk sendiri.

Kata orang yang mengkaji....
1. ORANG BODOH, cerita nye tentang orang..mengata, mengumpat dan mencaci.

2. ORANG YANG BIASA2, cerita nye tentang kebendaan...kereta, motor, baju, handbag shopping kompleks dan lain2.

3.ORANG BIJAK, bicara nye tentang WAWASAN...VISI...DAN MISI. Mencari jalan mengatasi keburukan dan kegagalan.Sentiasa kehadapan.....

(Dr.G)

Anonymous said...

Aku sama seperti anon 11.24am
Undi aku bukan untuk PAS.. sekurang2nya 5 dari DUN Pt Yaani,
mak sendri dan mak mertua
Pak mertua.
aku dan bini aku

di Tongkang Pechah, sambutan Badar Kubra sangat happening di mana lebih 10 NGOs
bersama bekas pemimpin yang dicleansingkan ada. Penyokong pun ramai.

so PAS, farewell to you
kami mempunyai tugas yang berat dan banyak untuk parti baru ini

Setiap tiang aku naiki
sebanyak lubang aku gali
Selarat kudrat aku gagahi
Harapan Baru harapan kami
Panjimu akan ku pacak
Meski di tanah yang berbecak
atau di pokok yang tinggi mencacak
perjuanganmu akanku jejak

go go GHB

Sham TM said...

Kenapa lah sekarang ni ramai kepimpinan tinggi PAS macam orang dah kena sampuk.

Tidur tak basuh kaki ke.

Yang sibuk komen dan kutuk ni apahal.

Ini negara demokrasi, biarlah dia buat parti baru ke, dia nak kemana pon dia punya sukalah.

Rakyat dah makin muak dengan politik PAS yang menggunakan agama untuk terus berkuasa.

Pantang ditegur mulalah orang tu di label macam-macam.

Kamu jaga saja parti kamu bagi lebih baik dengan penyingkiran golongan Pro Lib.

Tu mangsa banjir Kelantan ada ke kamu ambil peduli.

Persiapkanlah dirimu Kelantan mungkin jatuh ke tangan UMNO.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

TAJUK PAKATAN BER-4
Elok tubuh parti baru dan Pakatan Rakyat jd pakatan berempat. Pas nak bersama boleh keluar pun boleh. Jadi kuasa tawar menawar akan seimbang. Selangor contoh adun Pas yg dibaruakan tak akan dipilih semula dlm PRU akan dtg jd join parti baru yg bergabung maka pasti kuasa tawar menawar dan status quo mereka kekal boleh bertanding semua atas tiket parti baru. Pas terpaksa terima kerana ini pakatan ber-4. Kerana pas berkurangan ADUN maka satu exco perlu diberi pada Parti Baru jd Pas wajar dpt 2 exco sahaja.
Jawatan-jawatan utama spt di GLC negeri di selangor yg asal milik PAS perlu diberi 1/3 kepada Parti baru. Pas kekal 2/3 sebagai menghormati gabungan.
Begitu juga lain-lain ahli parlimen boleh terus kekal bertanding dlm next PRU atas kapasiti pemuafakatan Pakatan ber-4.
Pas ada pilihan untuk keluar tapi semua tahu PAS akan terus kusam jika sendirian dan Kelantan pun boleh terlepas. Jika bergabung dengan UMNO lagi hancur kerana mungkin pimpinan sahaja yg berminat tapi grass-root tidak dapat terima.

Pas tiada pilihan selain bersama Pakatan ber-4 untuk survival, Tapi agihan dan kuasa rundingan cuma tinggal 2/3. Status Quo PKR dan DAP kekal cuma Pas yg perlu berkongsi agihan dgn Parti Baru. Memang parti baru tidak kuat jika sendirian tetapi bersama tongkat dari PKR dan DAP pasti ia kuat dan ada kuasa tawar menawar terutamanya di pantai barat. InsyaAllah

Membangun Bersama Kepimpinan Cai

Anonymous said...

Semua ini kerana DIA
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba rasuah azmin dgn jawatan mb?
4. ahli pas buat solat hajat nak kekalkan kahild sbg mb walhal org tua tu sengaja tinggal solat? org yg istiqimah dlm solat mohon pd Allah swt supaya kekalkan org munafiq jd pemimpin dia?
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran haram dan tak Islam?
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allaha swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg hadi ponteng?

dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Anonymous said...

Hari pencalonan datanglah watikah tuang presideng... alasan fikir sendirilah.

Anonymous said...

ghb dah mula buat strategic jupa adik najib,saifudin andullah,ngo-ngo,dap,pkr,pimpinan pelajar. korang asik menfitnah ditelan babi, Islam plural.gay.proksi dap. apa de mabuk pil kuda ka.

Anonymous said...

Syabas pendemo black505 tak kira bangsa we are malaysian. Perjuangan kamu semakin kehadapan menuju kekalutan dan kepunahan. Teruskan mara menuju kegelapan dan kehitaman. Semoga usaha dan rancangan kalian terus memakan diri di samping mendapat kutukan dan laknat Allah SWT di negeri masing2. Tahniah semua.

Anonymous said...

Tambah 3 undi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails