Saturday, July 18, 2015

Kanak-kanak 10 Tahun Hampir Lahir Anak Di Sekolah. Suasana Begini Perlukan Hudud?


Brazil: Seorang kanak-kanak berumur 10 tahun hampir melahirkan anak di sekolah selepas mengadu sakit perut. Guru kanak-kanak berkenaan kemudian membawanya ke hospital sebelum doktor mengesahkan dia sebenarnya berada di peringkat akhir melahirkan anak.

Kanak-kanak berkenaan bagaimanapun selamat melahirkan kandungan yang berusia tujuh bulan. Mereka kini dijaga di sebuah hospital di Brazil. Menurut laporan dari Metro.co.uk, kanak-kanak itu dipercayai hamil selepas dirogol oleh bapa tirinya yang berusia 40 tahun.

Menurut ibu kanak-kanak terbabit, dia tidak perasan yang anaknya mengandung memandangkan perutnya hanya kelihatan biasa. Bagaimanapun, dia memberitahu polis bahawa gadis itu menjadi pemdiam sejak Oktober tahun lepas.

Polis berkata: 'Ibu kanak-kanak itu mengatakan bahawa dia dan ahli-ahli keluarga yang lain, tidak perasan kanak-kanak itu mengadung memandangkan kerangkanya yang kecil.' Kanak-kanak itu memberitahu polis bapa tirinya mengugut untuk membunuh ibu dan abangnya jika mendedahkan perbuatan terkutuk itu. - Siakapkeli.my


Dalam suasana begini, perundangan 'hudud' sangat diperlukan untuk memdidik manusia, samada Islam atau bukan Islam.. (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Pengedar dan pemilik dadah boleh di hukum GANTUNG pun masih ada yg melakukan.100 sebatan yg cuma utk mengajar bukan membunuh boleh mencegah?

Yang penting bijaksana mendidek ummah

Anonymous said...

Kalau mengikut undang2 hudud mungkin penjenaah ini akan terlepas kerana tiada saksi.Tetapi kalau mengikut undang2 yang sedang dipakai di Malaysia pada hari ini ia pasti akan masuk penjara walaupun tiada saksi ,tetapi melalui DNA test.

andah said...

Zina memerlukan saksi. Rogol isu lain. Tanya pda mereka yg mahir undang2

Anonymous said...

Kalu dah otak liberal cmnie la.. atau yg tulis ni bukan org islam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails