Thursday, July 16, 2015

Filem: Rambo V Lwn Pejuang IS, AS Tutup Kekalahan.

Sylvester Stallone, pahlawan khayalan AS.

HALAMAN HIBURAN
INDUSTRI hiburan terbesar AS di dunia "Hollywood" kembali akan menerbitkan filem propaganda Rambo V dengan latar belakang peperangan pakatan antarabangsa bersama kerajaan Syiah melawan pejuang Sunni di Timur Tengah.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Mail Inggeris dalam terbitannya hari Selasa (14/07) kelmarin menyatakan bahawa dalam filem terbarunya, artis Sylvester Stallone yang berperanan sebagai tokoh Rambo akan membantu kaum Syiah memerangi pejuang Negara Islam.

Menurut bocoran yang didapat dari Sylvester Stallone, filem Rambo terbaru akan menceritakan kerjasama pahlawan khayalan AS dalam filem ini dengan militia Syiah untuk mengalahkan pejuang Sunni yang kini sedang meraih kemenangan sebenarnya di Iraq.

Menurut catatan Daily Mail ini bukan pertama kalinya Rambo bertempur di kawasan Timur Tengah, setelah dalam Rambo III, Sylvester Stallone, bergabung bersama jajaran mujahidin Afghanistan melawan Soviet guna menyelamatkan bekas bosnya di Perang Vietnam.

Perlu di ingat bahawa filem Rambo digunakan Amerika Syarikat untuk membalikkan fakta kekalahan teruk pasukan AS dalam perang melawan Vietkong di Vietnam antara tahun 1954 hingga 1975. AS menjadikan hiburan sebagai alat propagandanya menentang Islam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails