Tuesday, July 14, 2015

Mat Sabu, Ibarat Ludah Ke Langit. Timpa Batang Hidung Sendiri..



AKHIRNYA segala penafian dan dolak-dalik sebelum ini menjadi kenyataan apabila kumpulan progresif dalam PAS menzahirkan impian untuk bergerak dalam sebuah entiti berasingan.
Dalam suasana penuh ceria dan bersemangat, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu - yang dikatakan sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.

Jawatankuasa penaja parti baharu itu dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru). Harapan Baru dipelopori oleh barisan bekas kepimpinan PAS yang tewas pada pemilihn parti itu pada awal Jun lalu. 

Menariknya, penubuhan satu lagi parti politik pembangkang ini dilihat sebagai cerminan kepada PAS apabila menjadikan Islam sebagai teras utama. Kata Mohamad yang lebih lebih dikenali sebagai Mat Sabu, prinsip Islam yang didokong Harapan Baru tidak didorong oleh emosi, sentimen atau slogan semata-mata.
Sebaliknya jelas beliau, ia adalah satu tawaran untuk memberi 'rahmat dan keadilan' kepada rakyat. Namun kurang 24 jam selepas Mohamad mengisytiharkan laluan dan hala tuju masa depan politiknya, beliau menerima pandangan yang pelbagai.
Ada yang memuji dan tak kurang yang mengeji.
Paling mencuri tumpulan ialah apabila netizen mula menjadikan amaran keras Mohamad ketika berucap di pentas Muktamar Pemuda PAS Pusat kurang setahun yang lalu sebagai bahan untuk menyerang bekas pemimpin senior PAS itu.
Rata-rata menyifatkan tindakan Mohamad umpama meludah ke langit.
mStar Online sebelum ini juga pernah melaporkan mengenai amaran keras Mohamad kepada ahli PAS supaya tidak menubuhkan parti baharu walaupun tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.
"Jangan tubuh parti lain atas nama Islam. Beza pandangan macam mana pun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam.
"NGO tak apa...tubuhlah mana-mana NGO untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor pada 16 September tahun lalu.
Jelas sekali apa yang berlaku hari ini bertentangan dengan seruan dan amarannya sendiri.
Lebih memalukan apabila tindakan Mohamad itu dilihat didorong oleh kuasa dan pangkat khususnya apabila gagal mempertahankan kedudukannya selepas kalah teruk di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun Mohamad yang menyertai PAS sejak 1982 segera menafikan telahan sinis bahawa beliau kecewa kerana hilang jawatan dan pangkat selepas pemilihan yang lalu.
"Kalah bukan perkara baharu, saya pernah kalah beberapa kali sebelum ini. Saya tak kecewa kerana kalah.
"Tapi kami kecewa dan marah kepada Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menyelesaikan penyelewengan dan salah urus tadbir di negara ini dengan baik," katanya yang menjadikan parti pemerintah itu sebagai alasan.
Pemeriksaan di beberapa laman blog dan media sosial seperti Facebook mendapati skrip amaran Mohamad supaya tidak menubuhkan parti baharu kembali menjadi siulan.
Walau apa jua kritikan, Mohamad sendiri sebagai orang lama dalam arena politik pembangkang sudah pasti mempunyai percaturannya sendiri.
Hanya menunggu masa, lambat laun Mohamad dan pendokong Harapan Baru akhirnya akan disingkirkan daripada PAS kerana melanggar Perlembagaan parti.  (mStar)

31 comments:

ras abu said...

maknanya mat sabu pembohong

Anonymous said...

Dulu PAS, Parti Islam seMalaysia. Kini PAS seolah-olah PARTI AMALAN SYIAH. Elok lah abg mat n geng2 keluar sebab kita sunnah dididik berprasangka baik tak seperti apa yg diamalkan oleh Tuang Presideng dan MSU (iaitu budaya mencerca, memakihamun dan mebaruakan orang lain). Tuang Presideng n MSU adalah pengamal budaya SYIAH KAFIR yg suka memaki Nabi Mohamad saw, para sahabat n ulama Islam yg lain.
Presideng PAS nak menjadikan Malaysia REPUBLIK RAKYAT MALAYSIA seperti mana IRAN? Ini Tuang Presideng shj yg boleh jawab. Tuang Presideng seolah-olah Khomeni yang TAK BOLEH DIKRITIK !Muktamar PAS baru-baru ini pun BERTUKAR menjadi DEWAN MUKTAMAR RAKYAT (IRAN) dimana usul, cadangan atau apa-apa perkara TIDAK BOLEH DIBAHAS DAN DIBINCANGKAN dan perlu di bawa ke peringkat atasan andainya usul ini agak kritikal. SEBIJI macam muktamar lalu...ha ha ha

Malaysia nak berubah menjadi IRAN?

Unknown said...

Perlukah mat sabu bersetia setelah dicerca dan dihina?. Sebelum muktamar 61 dan lahirnya pas cai, bukankah mat sabu berkorbankan segala-gala hatta pernah disumbat diri dlm penjara. Tidakkah muktamar pas cai lalu adalah pintu simbolik untuk menghalau mat sabu keluar?Jadi perlu apa lagi menunggul dlm pas cai? Kerana beliau seorang pejuang dia mmerlukan medium untuk berjuang. Sungguh benar pas cai tidak berhati perut dan mengenang jasa. Setelah nampak gah dan gagah ( kerana sumbangan ahli profesional yg menarik masuk sekelian golongan kedlm pas cas ) disembelihnya golongan profesional ini. Tunggulah pas cai ... aku pengundi di dun salor inipun sudah dapat merasa mod kebencian kepada pengemudi pas cai, khususnya di kelantan. Ingatlah wahai pas cai kami lebih mengenali mat sabu dan sumbanganya terlebih dahulu sebelum mokhtar senik ahli al maunah yg pernah mengangkat senjata melawan agong di bukit jenalik.

Unknown said...

Rumusan mudah dalam senario pas cai kini :
Pas terbilang zaman arwah tok guru nik aziz
pas terbuang zaman harun din dan hadi

Unknown said...

Rumusan mudah dalam senario pas cai kini :
Pas terbilang zaman arwah tok guru nik aziz
pas terbuang zaman harun din dan hadi

Anonymous said...

salah satu ikon PAS adalah Mat Sabu. Kiranya beliau keluar PAS lalu tubuh parti baharu, saya juga isteri akan sama2 sertai parti progresif tsbt ke arah sebuah Pakatan Rakyat baru yg lebih kuat utk menguasai Putrajaya dan bukan lagi parti PAS berfikiran ortodok di era 60'an dan 70'an pimpinan Haji Hadi

Anonymous said...

Terbaikkkkkkkkk

Unknown said...

Ada sesiapa ingat berapa kali harun din kalah di dun perlis? Boleh jadi kepingin sangat ingin menjadi yang berhormat, maka ada baiknya ber"ug" dengan ummo. Dalam "malu-malu mata orng umno boleh beri undi sama.

Unknown said...

Well said bro.Ambo pun ngundi di kelate.Ambo pun buleh rasa mood kebencian yg cukup tinggi di peringkat akar umbi terhadap mb mat rileks dan tmb nik rover.

Unknown said...

Harun Jin di kampung sendiri pun kalah.Fikir fikirkan renung renungkan.

Anonymous said...

ada banyak org undi pas bukan sebab suka pas...undi pkr bukan sebab suka pkr...sebab nya nak tukaq kerajaan korup...mudah jer..aku sangat yakin parti mana pon klu bergabung dlm pakatan yg kemas nk lawan bn mesti dapat sambutan...maka tinggallah pas dok syok sendiri dgn ahli setianya....

Anonymous said...

PAS dah melePAS..bye..bye..

Unknown said...

Yaaaaa .....
pas + al maunah = paspunah.

Anonymous said...

begitu sekali mat sabu berusaha mempertahankan PAS ketika itu kerana beliau sudah merasakan ada ketidakpuashatian pd pimpinan PAS.

adalah lumrah kita cuba mempertahankan apa yg kita yakini sehinggalah ianya tidak boleh dipertahankan lagi.

tapi apabila jasa begitu pesar dr mat sabu pun beliau masih dituduh cuba menjatuhkan presiden dan lain2 cercaan, maka beliau mendapati tidak ada cara utk selamatkan lagi PAS dan perjuangan Islam selain terrrrrrrpaksa menubuhkan satu wadah baru.

umpama isteri yg buat mcm2 termasuk tuduhan dan cercaan kpd suami dannk minta cerai.

suami yg sygkan keluarga cuba pertahan keluarga hingga ke titis maruah yg terakhir

akhirnya isteri begitu tidak lagi boleh dipertahankan. maka berlakulah penceraian dgn penuh berat hati.

jadi tidak timbul mat sabu ludah kelangit kena btg hidung

mat sabu sudah terkena ludah puak UG PAS, takan nk biar diri diludah berterusan... gila ke

IrWrWs said...

Mudah aje.. segerakanlah tubuh parti baru dgn nama Parti Harapan Barua (PHB)..

IrWrWs said...

Hidup Parti Harapan Barua!!

IrWrWs said...

KIPiDAP..

Anonymous said...

Sila-sila tubuh parti baharu.. nnti kalau tkde sambutan jgn malu2 masuk dap yer.. keh keh keh keh keh keh....

Anonymous said...

la .! hidup lagi Wan rosli ,ingatkan dah kojol ,sebab lama tak memuja hadi.apa macam ,?kentut hadi dah habis ke yang kau selalu bawa dalam plastik? ,

Anonymous said...

+G18 bukan mengkhianati PAS tapi ditikam dan ditendang terajang dari belakang,PAS cai bahalol buat x faham., lalu tersingkarlah mereka bak kata bidalan selepas madu dihisap seraph ditendang.

Anonymous said...

SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
KESIMPULAN
Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
Team wawasan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4

utuhkabin

Anonymous said...

Tuang Heng Tuang Mang jenis tuang siram atas pagar, konon x berpihak kemana mana pihak. Ada munasabah diakai masuk bertanding harap x menang dan jika x menang nak sembelih kambing ?!#@

Anonymous said...

Dimasa TGNA ada puak cai adalah PUAK UG.TGNA nak ludah kemuka sapa spa yg syor nak ber UG, x berani sekorpun nak bersuara termasuklah situang ( ponteng) presideng sendiri diam macam tikus mondok. Malangnya dihari ini umno(baru) ada ikon sibapa Pembina anak(najib) peruntuh senada dipihak pus(nanah) N Abd.. peruntuh bagi mewakili pus (nanah).GHB jadi gentleman kenapa PUS cai jadi ponen (pondan/gay) x isytiharberpadu$wang ngan {umno(baru}. Oh! ya umno yg lazim kita sebut umno sebenar kena sebut umno baru begitulah pas cai ini adalah disebut "PUS baru" -nanah baru. Paspus) dah busuk dah.

Awang Chan said...

lebih mulia mkn lembu nfc n minum ayaq ketum sesama islam melayu dari mengkedarah babi n minum tuak dgn kapiaq crist dap... renung2kan lah.... selamat berketuakan penyokong liberal n syiah (dituduh umno) si mad sabun

Unknown said...

Demo juga selamqt bertuangkan hj hadi cai

Unknown said...

Ini saja hujah puak pas cai. Agen dap. Talibarut dap. Ikut telunjuk dap. Ayat ini digunapakai setelah umno berjaya mengindoktrinasi siku dan kepala lutut puak pas cai. Ertinya pas cai akan ber"ug" dgn umno yg dikafirkan dulu. Alahai hj hadi dah lupa ke amanat banggol peradong ?

Anonymous said...

Hahaha... Bagus semangat gaduh macam ni lah kita nak tengok. Ni lah bukti Allah nyatakan PAS ni semuanya kaum munafikin. Ahli kitab gaduh2 sama sendiri dlm PR menuju bala kehancuran. Alhamdulillah.
Orang dah cakap Rasulullah mana ada berpolitik. Nabi mana ada nak jatuhkan sesiapa. Ini PR politik bukan nak tolong orang hanya nak tgk BN jatuh je dia puas hati. Dendam dengki iri khianat. Mana Allah nak tolong. Pesan pada adik Nik Aziz tu semua doa kehancuran yg satu stadium KB mintak tu semua dlm process.
HANCUR DAP, pas, pkr!!!!!!!!!
Padan muka korang. Nak merintah sangatkan. Korang pun sama firaun hamann namrud. Itu pun tak paham.

IrWrWs said...

Kumpulan Islam Progresif ikut (telunjuk) Democratic Action Party = KIPiDAP !!

IrWrWs said...

GHB = Gerakan Harapan Barua

IrWrWs said...

Kepala hotak lu Rasulullah tak berpolitik.. yg baginda jadi ketua kerajaan madinah tu bkn politik ke?

Dah sah lah ko ni GHB Geng Harapan Barua!

Anonymous said...

Bengong lu tu bukan politik dia hanya pimpin umat dan sahabat dgn jalan agama. Politik ni orang yg guna jalan mengundi, mempengaruhi, buat parti utk tujuan memerintah dan menguasai org lain. Nabi tak buat macam tu. Yang buat macam ni ulamak Pas je bukan nabi. Korang dgn syiah lebih kurang sama je. Kalau syiah diorang disuruh taat dgn imam2. Pas disuruh taat pada golongan ulamak dan progresif atas nama syiar islam.
Islam bukan pas punya, yang kau sibuk nak buat parti dan hudud org lain buat apa? Tu lah politik nak mempengaruhi org lain dgn mengguna hukum Allah. Kau bagi aku satu dalil nabi pernah potong tangan org lain zaman dia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails