Sunday, July 12, 2015

Terbaru! Pergaduhan Beramai-ramai Di Plaza Lowyat Lihat 11 Gambar:

Satu pergaduhan berlaku di Plaza Lowyat yang melibatkan tujuh individu pada jam 7.50 malam Sabtu. Pergaduhan ini telah mencetuskan kesesakan di plaza berkenaan. Sebuah kedai telefon bimbit di Plaza berkenaan telah mengalami kerosakan akibat daripada pergaduhan tersebut.

Menurut sumber polis, suspek telah memecahkan peralatan dalam kedai itu dan memukul pekerja kedai tersebut. Selain itu, katanya kerugian dianggarkan lebih RM 70,000.

“Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.” katanya memetik Harian Metro.
“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.


Manakala beberapa buah video menunjukkan orang ramai sesak mengerumi tempat kejadian selain itu beberapa babak pergaduhan sehingga ada premis-premis lain yang menjadi mangsa pergaduhan.

Gambar-Gambar Pergaduhan di Plaza Lowyat
Sumber gambar: Oh Media!

3 comments:

Anonymous said...

Orang china ni jika berniaga kalau tak menipu tak sah.Mangsa adalah pembeli dan nak buat aduanpun pihak berkuasa lambat bertindak.

Anonymous said...

Boikot peniaga cina yang selalu menipu,Plaza Lowyat adalah satu lubuk penipuan bagi mereka yang tamak dan berhati dajjal.

Safwan_Mokhtar said...

Dah tahu tmpat menipu buat apa pergi beli di situ...kebanyakan yg beli hnpon di sana x semua ori set

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails