Wednesday, July 15, 2015

Harapan Baru: Nak Tebuk Perut Kapal, Tidak Berani.. Terjun! -Roslan SMS.

Oleh Roslan SMS

Pelancaran inisiatif parti baru oleh gerombolan yang kecewa dalam PAS semalam telah digerhanai oleh peristiwa hitam di Low Yatt. Mereka menyangkakan “coup de tat” mereka boleh menguasai “headlines” rupanya insiden Low Yatt yang terpencil itu mengatasi mereka, demikianlah perancangan Allah.

Setelah lebih sebulan menanggung kekecewaan lantaran kecundang dalam pemilihan parti, ramai menyangkakan kepala-kepala gerombolan ini akan membakar terus jambatan dengan PAS dan mengisytiharkan sahaja penubuhan parti baru yang entah apa namanya itu.

Rupa-rupanya tidak. Mereka masih dalam keadaan tidak yakin pada diri sendiri. Masih separuh belut separuh ular juga. Majlis pelancaran semalam di sebuah hotel di KL sekadar mengisytiharkan akan mengambil inisiatif menubuhkan parti baru dalam waktu terdekat. 

Buat masa ini mereka akan bergerak atas nama Harapan namu sebagiaman tegas Pengerusinya, Muhammad Sabu, mereka semua masih ahli-ahli PAS. Maka dipaparkanlah wajah-wajah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan lain-lain.

Kata Mat Sabu Harapan Baru mereka nanti akan mengasaskan penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam. Islamnya kata Mat lagi adalah Islam yang sebenar-benarnya. Dalam erti kata lain Islam yang PAS bawa tidak tulen tetapi Islam yang bakal beliau bawalah yang tulen dan sebenar-benarnya, hebat Abang Mat.

Dalam akhbar The Star hari ini disebut “Ready to be sacked” bahawa kumpulan ini sedia dipecat dari PAS. Sesungguhnya tindak-tanduk mereka dan pengisytiharan semalam itu sudah cukup membuktikan pelanggaran dispilin parti. Ahli-ahli PAS dipelbagai peringkat perlu mengemukakan laporan ke Jawatankuasa Disiplin.

Kalau mereka masih terkial-kial, tidak berani menetapkan pendirian dan sekadar mahu bikin onar dalam parti, maka lebih baiklah parti sahaja yang menunjuk jalan keluar buat mereka.
Nak tebuk perut kapal , tidak berani, maka lebih baik disuruh terjun sahaja. PAS punya banyak lagi tugas dan tanggungjawab di hadapan. Kehilangan mereka insyallah tidak ditangisi ahli. (TKO)

4 comments:

Anonymous said...

Roslan ni ada masalah ke dgn penubuhan Harapan Baru?
kalau ada its your own problem. rakyat ok je dgn Harapan Baru.
Malah menanti2 lagi....

Anonymous said...

Roslan dah lama sakit jiwa ,kini nak hampir nak gila,dia tuduh bahawa yang nak tebuk kapal pas adalah kumpulan progresif ,dia macam tak namapk je yang sebenar nak tenggelamkan kapal pas ada lah ulamak dalam Pas sendiri,bukan apa ,ulamk nak tebuk kapal adalah untuk nak buang kumpulan progresif memlaui lubang kapal agar rakyak tak persaan ,lubang kapal tu ialah (CAI).ha,sekarang kapal dah bocor,kumpulan progrerisif dah dibuang secara buntut kapal,kapal sekarang dah masuk air,kapten dan pembantu kapitan masih khayalpil kudan dan tengah jampi guna jin,kapal pas dah terhoyong hayang,Ha,macamana roslan ,biarlah sejarah nanti menentukan samada pas hancur sebab progresif terjun sendiri atau ulamak yang tebuk kapal,otak tu biar cerdik sikitmjngan asik merapu dan mamai je,

Anonymous said...

Metafora terbaik buat masa ni.

Anonymous said...

Roslan ni dah lama gila bersama hasan jati, nasharuding. Ulamak paschai adalah maksom. Hohoho

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails