Monday, July 13, 2015

Mat Sabu: Tubuh Parti Baru..


Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan dinamakan "Gerakan Harapan Baru" untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Penubuhan Gerakan Harapan Baru ini turut bertujuan untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang “Pakatan Rakyat 2.0”.

"Gerakan Harapan Baru atau singkatannya Harapan Baru bertujuan menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat.
"Harapan Baru akan mendukung Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat.
"Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Kami mendokong nilai-nilai demokratik dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya," kata Mat Sabu, pengerusi Gerakan Harapan Baru dalam satu sidang media hari ini.

Antara mereka yang menghadiri sidang media hari ini termasuklah bekas naib presiden PAS Ahmad Awang,  bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan bekas ketua pemuda PASSuhaizan Kait.

Selain itu, dua anak bekas presiden turut terlibat dalam gerakan itu, iaitu Faiz Fadzil,anak Datuk Fadzil Noor dan Mujahid Yusof, anak Datuk Dr Yusof Rawa.

Turut hadir timbalan ketua muslimat PAS Siti Mariah Mahmud, bekas naib presiden, Salahuddin Ayub dan bekas anggota jawatankuasa pusat Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad.

Mereka semua akan turut bertindak sebagai penaja parti baru itu. (MK)

15 comments:

aduhai said...

Batang tubuh dah lama nak tubuh baru?

Bungaraya said...

Perkataan BARU itu kalau sudah lama tidak jadi baru. Atau
objective nya selalu BARU mengikut suasana?

Unknown said...

Kesiannya mereka2 ini...nak pegang jawatan dan pangkat rupannya...tubuh le parti baru...boorong semuanya...nasip baik aku x undi mereka2 ini masa pemilihan tempohari....allahuakbar....jadi le sekutu dap tu....diharap hilang le parasit2 DLM pas...alhamdulilah.

Anonymous said...

Syabas.parti hj hadi dan harun din sudah tidak relevan.parti progresif vs parti jumud

Anonymous said...

cakap la awal2 nak jadi pemimpin dan masing2 ada jawatan....satu lagi letak la jawatan wakil rakyat PAS tu...ahli PAS dah loya tengok muka ko suma

Anonymous said...

berpuluh tahun berceramah suruh ahli PAS istiqamah berjuang...usrah..tarbiah...akhirnya ko sume yang tak tahan ujian...uji sikit dah tewas..kalah sikit nak marah...kalah sikit merajuk...jenis manusia apa ko semua ni

Anonymous said...

pengkhianat jamaah islam....

Anonymous said...

YANG SEBENAR PENGKHIANAT JAMAAH ISLAM IALAH GENG ULARMAK CHAI YG KUASAI PAS SEKARANG. MEREKA MULA BERGERAK UTK TEWASKAN PROFESIONAL MULAI MUKTAMAR KE 60 DI JOHOR TAHUN LEPAS. LEPAS TU TUDUH PROFESIONAL SBG MUNAFIK HARAKI, SYAITAN, TAK WALAK, JEBON DSB. PEMILIHAN AJK YG BARU LEPAS PAKAI SENARAI CHAI YG BERTENTANGAN DGN ISLAM DAN JUGA DEMOKRASI.

Anonymous said...

Harapan Baru rakyat malaysia..aku pun ahli pas juga,tp skarang aku tgok pas dh bcelaru..aku nk wala mcmana klau aku mlihat,mdengar strusnya mnilai yg pmimpin parti aku ckp dn btindak skrg ni bkan mcm pas yg aku knal dulu..paling aku xbleh nk trima bila mlabel fn mfitnah ssama ahli..lg truk bila pmimpin parti yg perlu aku sbgai ahli wala ni mmbiarkan pkara ini blaku,satu tindakan pun tiada..parti islam ka mcm tu..ahli parti bkannya smuanya Tolol dan Jebon yg xda akal untuk bfikir dan mnilai..pas slepas tiadanya tok guru Nik Aziz dh lain..bg aku mreka yg lyak d pggil ulamak itu mstilah mwarisi akhlak nabi..mreka yg zuhud bru layak d gelar ulamak..

Anonymous said...

Masa tuan guru nik aziz ada dan sekarang sama je.. buktikan ulama menfitnah.. buktikan ulama menipu.. yg aku nampak kumpulan serpihan ni yg banyak menfitnah dan banyak menipu.. terpulang pada diri sendiri utk menilai.. kalau rasa dh tk ngam eloklah join harapan baru ni tkde paksaan.. aku ttp bersama golongan ulama.. dan jgn paksa aku utk menerima idealogy kamu..

Anonymous said...

HANG BUTA KE BAHLOL. APA MAKSUD WALAK. IA BUKAN TAAT BUTA TULI KPD PRESIDEN YG TOLOL. MENGATA ORG BROKER, BARUA, MUNAFIK HARAKI, JEBON DSB. TAK HADIR MESYUARAT DAN PONTENG PARLIMEN. TIME NK BENTANG AKTA 355 LARI PI JEPUN. ADA KULIAH SANA. TN GURU KULIAH JEPUN BOLE TANGGOH. HUDUD NI KENA BENTANG BG SELESAI. PRESIDENG APA NI?? AHLI TK RESPEK. KAWAN TK HORMAT PASAL KITA TK HORMATI ORG. SBB TU PAS ROSAK NOW OLEH ULARMAK CHAI. TQVM

Anonymous said...

EXCO PAS SELANGOR BILA NK KUAR DRP KJAAN SGOR. MSU DAH PUTUS DGN DAP. MUKTAMAD. MASA MUKTAMAR MGKIN WASWAS LG. NOW DAH TERANG. NOH OMAR PUN DAH CABAR EXCO PAS LETAK JAWATAN. BILA? OHH SYG JAWATAN N FULUS RM50K SEBULAN. BUKAN KE REDHA ALLAH LEBIH PENTING DRP PEGANGTAMPUK KUASA? AL FULUSIKUM WA AULAA DIKUM

Anonymous said...

Kan aku dah cakap... terpulang pd pandangan masing2..
kalu aku tk nk terima idea ko jg la marah2.. skrg ko dh ada pimpinan baru ikut je la dorg.. adeyyy...

Anonymous said...

PARTI BARU ? BAKAL IKUT JEJAK BERJASA, HAMIM ,AKIM,SEMANGAT 46 DAN LAIN LAIN ARWAH.....APA PUN GUD LUCK....PARTI HANYA ALAT UNTUK BERKUASA...TAK KISAH TUBUH PARTI MANA PUN..

Anonymous said...

Umor parti bukan ikut lama ke baru. Pkr serpihan umno tp masih maintain. Pas pun serpihan drp umno. Akp erdogan serpihan drp parti saadat di turki. Yg penting rakyat sokong. Aku dah tinggal Pas Chai. Dan sokong GHB pimpinan Mat Sabu. Takbir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails