Tuesday, July 14, 2015

S'gor: DAP Perlu Kemukakan Pendekatan Kalau Tiada PR -Sallehen Mukhyi

 Sallehen Mukhyi

PAS Selangor melalui Adun Sabak juga AJK PAS Pusat Sallehen Mukhyi berkata, DAP juga perlu mengemukakan cara untuk bertindak sebagai sebuah kerajaan kerana mereka terlebih awal mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah berkubur.

"Secara realitinya tidak mengejutkan kerana DAP ambil keputusan tidak terima Pakatan Rakyat (PR) lagi.
"Jadi sepatutnya DAP yang perlu kemukakan pendekatan kalau tiada PR bagaimana cara hendak bertindak sebagai kerajaan Selangor.
"Untuk PAS kita akan berbincang dengan pusat bagaimana menangani daripada segi perjalanan teknikal," katanya.

PAS Selangor mengharapkan satu mekanisme baharu mentadbir kerajaan negeri tanpa DAP selepas keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan kerjasama politik dengan parti sekular itu, katanya lagi.

Sallehen berkata, satu keputusan daripada segi mekanisme dan strategi perlu dibuat Jawatankuasa Kerja Pusat kerana realitinya kerajaan negeri masih perlu kekal dipegang PKR, PAS dan DAP.

"Dalam konteks Selangor kita serahkan kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bagi menentukan mekanisme. Buat masa sekarang kerja kita tiada masalah dan masih berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

Katanya, pada masa sama PAS juga bergantung kepada PKR dan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menyediakan 'keselesaan' kepada parti itu untuk meneruskan hubungan atas nama 'kerajaan'.

"Sekarang ni apa-apa pun ia bergantung kepada PKR sejauh mana keselesaan itu dan PKR juga boleh teruskan hubungan dengan DAP mentadbir negeri seperti biasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Halim ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini mengambil pendirian tunggu dan lihat keputusan akhir Jawatankuasa Kerja Pusat dan kerajaan Selangor, pada masa sama enggan terlibat dengan mana-mana provokasi yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak.

"Kita yakin keputusan PAS Pusat yang akan dibuat itu nanti akan menguntungkan parti dan perjuangan Islam," katanya menolak dakwaan hubungan peringkat bawahan terjejas akibat krisis hubungan di peringkat pusat.
(IH)

9 comments:

Anonymous said...

Aku dah kata PAS akan spin kata orang lain punya salah.... macam kena tendang dari BN dulu.

Anonymous said...

Dia yg Usulkan tidak mahu bersama DAP dalam Muktamar dulu TANPA BAHAS, sekarang kata DAP pula.Mana bantahannya semasa di muktamar dulu,mana pergi iskandar pada masa itu!!!!bila FULUS dah nak hilang, mulalah nak SPIN...

Anonymous said...

Ala apa susah? PAS jadi Mesra PKR cukup lerr. Letak jawatan dalam kerajaan tapi masih menyokong pimpinan Azmin-PKR.

Baru ada integriti. Bukan tamak kuasa dan haloba pada harta.

Anonymous said...

yang lagi pelek usul muktamar diluluskan tanpa bahas...

mana pi geng kunun progresif masa tu?

tanpa bahas tu!

Anonymous said...

Dr pun dah sahkan pr dah mati. apa nak kata lagi?

Azmin sbg mb kena pecat exco2 pas atas dasar khianat kpd pr.

1. pas perak nak letak calon di semua kerusi termasuk kerusi PKR n DAP.
2. presiden pas cuba rasuah azmin.
3. presiden pas hina presiden PKR.
4. presiden pas biadap kpd DSAI.
5. sokongan exco pas yg kekalkan khlida sbg mb calon bebas.
6. exco pas bersubahat luluskan pemberian rm2.6 juta kpd kuncu2 klahdi.
7. pas letak calon bertindih di kerusi PKR yg menangkan bn.
8. pas fitnah calon PKR yang menangkan bn.
9. pas hantar senarai nama mb kpd sultan tanpa persetujuan PKR n DAP.

azmin. ko kalau ada sikit hormat pd DSAI, ko pecat din ayam!

Anonymous said...

Dah tuntut untuk dibahas tapi pengerusi tetap berkeras tak izin dibahas sebab sensitif... kononnya.

Anonymous said...

baru ku tahu rupanya PR tu milik DAP. Dia yg tubuh dan dia berhak bubar. Ooo macam tu punya cerita. PAS dan PKR yg kekal PR tak boleh ada suaralah ya. Lepas Awie keluar WINGS terbubarlah Wings. Habis Joe dok buat show tu bukan wings lah ya?

Anonymous said...

tendang ajer DAP laknat tu. PKR + PAS+ UMNO. Habis cerita sombong kafir laknat tu.

Anonymous said...

TGHA boleh jumpa najib minta sokongsn utk strategik bangsa. 12 UMNO akan istihar sokong PR BARU. PAS PKR UMNO. Betambuslah kau kafir lsknat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails