Monday, April 07, 2014

Umno K'tan Bawa Isu Hudud Ke Mesyuarat MT. Tahniah! Tapi..

Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan PAS negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar).

Beliau berkata perkara itu perlu dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli hari ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan. – Bernama, 6 April, 2014.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Alhamdulillah, kerana perkara hudud akan dibawa oleh UMNO Kelantan dan akan dibincangkan oleh Majlis Tertinggi Umno. Tahniah, tapi belum tentu akan lulus usul itu. Cuma kita nak temgok apa alasan MT UMNO nak tolak.

Kalau beralasan hudud itu 'Hudud itu 'Hudud PAS', sila kemukakan hudud UMNO/BN pula, tentu sama sebab berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

2 comments:

Anonymous said...

JANGAN JADI MELAYU BANGSAT LAGI LAH NAK UCAP TANIAH.ORANG NI DAH LAM JADI YAHUDI LAH NI BARU NAK SEBUT PASAL HUDUD

Anonymous said...

Perjuangan PAS selama 50 tahun lebih telah berjaya makan umpan UMNO untuk menegakkan Hudud, bagus dan syabas serta tahniah dengan tertelan umpan ini, kita lihatlah nanti apa pula yang akan dicadangkan oleh juak-juak UMNO,tunggu dan liaht.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails