Friday, April 11, 2014

DAP Tetap Tidak Bersetuju Hudud..


Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pendirian parti itu yang tidak bersetuju dengan hukum hudud tetap tidak akan berubah dan sebagai salah satu parti komponen PR, mereka berhak memberikan pendangan. – Gambar The Malaysian Insider, 11 April, 2014.  
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pendirian parti itu yang tidak bersetuju dengan hukum hudud tetap tidak akan berubah dan sebagai salah satu parti komponen PR, mereka berhak memberikan pendangan. – Gambar The Malaysian Insider, 11 April, 2014.  

DAP hari ini menegaskan tetap dengan pendirian untuk tidak bersetuju pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan kerana ia bukan sebahagian daripada persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR).

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pendirian parti itu tetap tidak akan berubah dan sebagai salah satu parti komponen PR, mereka berhak memberikan pendangan.

"Sememangnya DAP tidak bersetuju hukum hudud dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan budaya dan bukan sebahagian daripada kerangka dasar yang dipersetujui bersama PAS dan PKR," kata Lim pada sidang media di Ibu Pejabat‎ DAP, Kuala Lumpur.

Lim turut menempelak MCA kerana secara tiba-tiba parti komponen Barisan Nasional (BN) itu begitu prihatin terhadap isu hudud. – 11 April, 2014. (TMI)

4 comments:

Anonymous said...

Quran dah cakap, non muslim tak akan joint keje2 allah...

Maka, terpulang la yang beragama islam dalam parlimen tu, nak ikot islam atau tak....

Betul, Hj M.???

bat8 said...

Tuan,

Apa nak heran dengan sikap DAP. Mereka bukan Islam dan bukan penganut Islam memang tidak faham hudud dan memang tidak mahu kepada hudud yang begitu asing kepada mereka.

Yang kita kena ambil kisah ialah bagaimana pendirian UMNO dan pemimpin UMNO yang mengaku berjuang untuk menegakkan Islam. Bagaimana dengan p3ndirian Perkasa.

Berbalik kepada sikap DAP tadi, kita tak boleh salahkan mereka jika mereka tidak menyokong RUU Hudud yang akan ditaja oleh Kerajaan PAS Kelantan atas dasar kesepakatan politik Pakatan Rakyat.

Diharap tiada yang menuduh saya menolak hudud kerana RUU Hudud dari perspektif politik Pakatan Rakyat dan ugama adalah 2 aspek yang berbeza. Saya sebagai seorang Islam tetap menerima dan menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Jadi pada saya,soal p3ndirian DAP dalam RUU Hudud itu adalah non issue. Isunya yang lebih penting dan relevan dalam konteks RUU Hudud ini ilah sikap dan pendirian UMNO dan Perkasa khususnya. Jangan kita terperangkap dengan permainan kotor UMNO dalam isu ini.

Asri said...
This comment has been removed by the author.
Asri said...

Tuan bat8,

Sesetengah perkara memang kita tak suka percaturan perkasa tapi dalam bab HUDUD, mereka menyokong pelaksanaannya. Jadi dah jelas pendirian perkasa.

Manakala dlm UMNO ada sebahagian dah bersetuju iaitu Anuar Musa, Kuli, Alwi dan Dato' Pa, yg lain tu belum kedengaran lagi. Moga Allah membuka pintu hidayah.

DAP dan MCA terang2 dah menolak dan memperlecehkan HUDUD dan kesyumulan ISLAM. Kita semua patut fikirkan dan mula bertindak. Jangan hanya duk mimpi dengan khayalan nak berkuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails