Monday, April 07, 2014

Ibu Hindu Menangi Hak Penjagaan Dari Bapa Islam. Adilkah?


Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan dua kanak-kanak kepada ibu mereka yang beragama Hindu selepas diislamkan bapa mereka tanpa persetujuan pasangannya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof menyampaikan keputusan yang memihak kepada S Deepa, 30, dalam kamar.

Si ibu memfailkan perceraian dan hak penjagaan anak-anak beliau pada Disember lalu.

Bagaimanapun, Deepa (kanan) perlu meneruskan kes berasingan untuk membatalkan penukaran agama anak lelaki dan anak perempuannya, yang berumur enam dan sembilan tahun itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu sekali gus mengesampingkan keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini yang memberikan hak penjagaan anak-anak kepada bapa mereka, N Viran @ Izwan Abdullah.

Hakim memutuskan perkara itu berdasarkan Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Perkahwinan pada tahun 2004 antara Deepa dan IZwan berlangsung mengikut undang-undang sivil.

Peguam Izwan, Muhammad Faiz Fadzil berkata, mereka akan mengemukakan rayuan berhubung kes itu di Mahkamah Rayuan. (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adilkah undang-undang ini?

3 comments:

Anonymous said...

Satu keputusan yang adil kerana si ibu mendapat hak penjagaan terhadap anak kandungnya sendiri.Diharap isu ini tidak dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang ingin mencari publisiti.Biarlah si ibu yang melahirknkan kedua-dua anak tersebut dapat membesarkan mereka sehingga dewasa dan kemudiannya menyerahkan mereka membuat keputusan sendiri untuk memilih agama yang hendak dianuti kelak

Anonymous said...

Patut siibu diberi penjagaan kerana anak-anak deepa dilahirkan sebelum sibapa masuk islam , Dan secara San mereka adalah Hindu.

yati said...

Tahniah kpd keputusan mahkamah yg adil. Penderitaan ibu diambil kira. Sudahlah sisuami tinggalkan isteri tanpa tanggungjawab, berani pula ambil anak . Janganlah salah gunakan Islam yang suci dan maha adil. Apakah kerana Ibu itu bukan Islam , boleh memisahkan anaknya. Adakah kita orang Islam saja yang sayangkan anak? Cuba kita letakan diri kita ditempatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails