Friday, April 11, 2014

Mandi Bogel Di Penjara: Timbalan Menteri Akui Ia Memalukan


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersetuju dengan Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary berhubung isu banduan mandi berbogel di penjara satu perkara memalukan negara.

Berjanji untuk mengambil perhatian dengan aduan tersebut, Junaidi berkata beliau akan menghubungi pihak penjara, khususnya Penjara Pengkalan Chepa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut beliau, aduan yang mengatakan banduan diarahkan untuk mandi bogel bersama lebih 100 banduan lain itu akan disiasat, selain menyatakan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Saya ambil perhatian berkenaan aduan tersebut dan akan menghubungi rakan saya iaitu pihak penjara untuk penjelasan lanjut. Saya juga setuju perkara tersebut merupakan satu perkara yang memalukan negara," kata beliau ketika menjawab soalan Marzuk, di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, Marzuk dalam soalan tambahannya memaklumkan kepada dewan bahawa beliau mendapat aduan daripada seorang banduan yang ditempatkan di blok kuarantin diarahkan berbogel di hadapan lebih 100 banduan lain di Penjara Pengkalan Chepa.

Selain menyatakan peranan penjara sebagai satu pusat untuk memulihkan banduan, Marzuk dalam masa sama mempersoalkan kemudahan solat kepada banduan, selain keperluan Suhakam untuk mengadakan lawatan ke penjara tanpa notis.

Menjawab soalan tersebut, Junaidi berkata kementerian sudah mengambil kira keperluan tersebut, bagaimanapun menetapkan keperluan memberi notis terse ut.

Katanya, notis itu diperlukan bagi memastikan pegawai atasan berada di pusat penjara ketika lawatan dari Suhakam bagi membolehkan dan memudahkan maklumat disalurkan kepada pihak berkenaan.

"Kalau tiada notis, kita bimbang waktu ada lawatan daripada Suhakam, pegawai tiada untuk memberikan maklumat yang sepatutnya," kata beliau. (HD)

3 comments:

sesejuk mata memandang said...

Sediha , hanya itu sahaja kemampuan MP MP Pakatan , bawa isu yang remeh temeh , kita sedar apa yang berlaku di dalam penajara tapi biar lah penghuni nya sahja yang tahu , kenapa kita harus malu disebabkan amalan mandi bogel dikalangan banduan sedang mereka sendiri tidak malu kepada masyarakat , ibu bapa keluarga atas perbuatan yang menyebabkan mereka dimasukkan ke penjara.

Kepada KDN tak perlu siasat atau buat RCI atau buat kertas putih, biar lah pembangkang melalak kerana sikap mereka memamng begitu lebih membela penjenayah dari polis atau masyarakat yang sihat .

Anonymous said...

Jangan dilayan, itu komen otak bangkai.

QalamQabut said...

Tak ada yang remeh temeh kalau ianya suatu yang boleh diperbetul. Lebih elok dari memperkata isu kebangsaan tetapi setakat hayalan saja.

Semoga pihak berwajib tidak bertindak secara hangat2 tahi ayam saja. Itu yang banyak berlaku sekarang. Misalnya: isu pamer harga barangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails