Monday, April 07, 2014

MH370: Sekurangnya 3 Perkara M'sia Lemah.. -Datuk Husam

MUAR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa membidas kelemahan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 sehingga mendedahkan keselamatan dan kedaulatan negara kepada bahaya.

Antara komennya, 3 perkara seperti dipetik dari Harakah Daily..

Satu:
"Bagaimana polis boleh benar FBI yang siasat keluarga Kapten Zaharie (Ahmad Shah). Ini tamparan hebat kepada polis Malaysia.
"Tak kan kita tiada kepakaran nak soal siasat sampai pihak luar ceroboh kedaulatan kita, malu la kita," kata beliau sambil menambah sepatutnya polis boleh meminta FBI hanya menghantar soalan dan siasatan dilakukan polis Malaysia.

Dua: 
Beliau juga menyelar sikap kerajaan melalui beberapa kenyataan yang seolah-olah berbangga apabila misi mencari dan menyelamat SAR disertai lebih 25 buah negara.

"Mereka bangga kendali 26 negara cari 29 hari tak jumpa.
"Cari la dulu, lepas tu kalau dah jumpa, nak bangga, bangga la," kata beliau.

Tiga: 
Beliau juga melahirkan kerisauan terhadap jumlah wang yang terpaksa dibayar kepada negara-negara yang mengeluarkan aset membantu misi SAR tersebut.

"Saya tak rasa mereka bantu percuma. Nanti dia bagi bil, claim kepada negara kita," kata Husam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Sekurang-kurang 3 perkara Malaysia lemah. Akhirnya yang susahnya ialah rakyat, angkara pemimpinnya salah perhitungan. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Peristiwa kehilangan MH 370 membuktikan kerajaan Malaysia tak ubah macam wayang Cina.Pentas cantik,warna-warni tapi dibuat dari kertas.Senjata pelakon pun hebat,pedang panjang berkilat,tombak berambu berkilat dan cokmar besar boleh dihayun kiri -kanan - semua dibuat dari kayu dan kertas.Pekakon pun nampak cantik dan ada yg bengis tapi semua pakai bedak,make-up dan pakaian dari manik.Pelakun-pelakun tu semua dah tua sebab terlalu lama main wayang dipentas yg sama - dipunggah kehulu-kehilir.Inilah gambaran kerajaan UMNO/BN dewasa ni.

Anonymous said...


Flight 370: The Straw That Breaks the Cabal's Back?

http://divinecosmos.com/start-here/davids-blog/1159-flight-370

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails