Sunday, April 06, 2014

Kenangan, Baling 3 Disember 1974.. -Mohd Kalam








BALING: Salah seorang peserta muda demonstrasi Baling  1974, Mohd Kalam Mohd Hassim, sempat mengimbau kembali detik-detik bersejarah bantahan ribuan rakyat di daerah terpencil itu tatkala harga getah merudum jatuh.
 
Ketika ditemui di Padang Awam, Keda, Kupang, dekat sini semalam, Mohd Kalam, 55 yang ketika itu berumur belasan tahun berkongsi pengalaman dengan Harakahdaily.

Mohd Kalam turut berucap di pentas bersama kepimpinan Pakatan Rakyat sempena Himpunan Baling 2.0 yang berlangsung petang semalam. Berasal dari Kampung Guarban, Kupang, beliau mengimbau kenangan  berkaki ayam berjalan bersama keluarga dan masyarakat kampung untuk berhimpun di Pekan Kupang.

Walaupun jarak perjalanan kira-kira 10 kilometer untuk menuju ke Pekan Baling, beliau mengakui tidak berasa letih kerana berjalan secara berkumpulan. Bermula seawal jam 8.00 pagi di Kupang, Mohd Kalam dan penduduk kampung sampai di pekan Baling dua jam kemudian.

"Saya masih ingat  lagi hari itu hari Selasa 3 haribulan Disember 1974. Tidak sangka orang kampung berpusu-pusu ke jalan utama menuju ke Baling menunjukan ketidakpuasan hati penoreh apabila harga getah jatuh teruk, " ceritanya ringkas. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails