Monday, April 07, 2014

Pertikai Al-Quran Masuk Aktiviti Kokurikulum? Berat Tu, Siasat Segera!

Foto
SHAHRUL dan rakan, Iskandar menceritakan mengenai guru sebuah persatuan silat yang didakwa menyebarkan dakyah songsang.

Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya. Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini. Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bagimana pula kalau sesebuah parti politik atau kerajaan yang mempertikaikan kebenaran al-Quran, melempar dan memijak hukum Allah (seperti yang disuruh laksanakan dalam Al-Quran), apa lagi membakarnya seperti 'menghilang lumat'kan hukum hudud? Apa patut lagi umat Islam menyokong atau mengundi mereka?

5 comments:

mohd azrul said...

harap dapat ambil tindakan

Asri said...

Macamna pulak jika sesebuah parti yang bekerjasama dengan parti yang terang2 menolak HUKUM HUDUD?

Anonymous said...

PAS kerjasama unt. laksana hudud lawan BN, bukan macam UMNO, belum apa-apa dah tolak hudud, lebih teruk dari MCA..

Asri said...

Dalam UMNO bukan semua yang tolak HUDUD, ada yg masih nak laksanakan. Tak mcm DAP terang2 dah tolak (Karpal dan LGE). Dalam UMNO dua tiga ekor je yang bengong, yang lain masih ada kewarasan lagi jika kita semua sentiasa buat kerja dakwah..

Anonymous said...

Di M'sia, bukan DAP, MCA yang halang Hudud, tapi UMNO.

Kalau Mahathir tak halang dulu, tentu dah jadi hudud.

Ni,kita nak tengok keputusan Najib (MT UMNO)pula.

Jangan takut Najib, kalau isteri hang tak tutup aurat, Islam bukan nak potong kepala.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails