Tuesday, April 08, 2014

Barang Sama, Kenapa Harga Berbeza?


Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 2013 membangkitkan tindakan jawatankuasa penganjur Sukma XV Pahang 2012 berhubung harga berbeza bagi barangan sama untuk sukan berlainan.

Sebagai contoh, kipas industri berharga RM248 digunakan untuk sukan skuasy, tetapi dalam sukan gimnastik pula kipas yang sama bernilai RM630.

Sebuah Televisyen LCD 32-inci pula digunakan untuk sukan angkat berat pula berharga RM1,450 tetapi televisyen yang sama bagi peserta taekwondo pula lebih mahal kosnya iaitu RM 2,300.

Manakala kos troli beroda empat pula berharga antara RM150 hingga RM600.

Mengapa berlaku percanggahan?

"Pada pendapat audit, perbezaan harga yang ketara wujud kerana setiap jawatankuasa membuat pembelian barangan yang sama daripada pembekal yang berlainan," laporan itu dipetik. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails