Monday, April 07, 2014

Memali: Segerakan RCI Sementara Tun M Masih Hidup -Husam Musa.






MUAR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula tragedi Memali 1985 seperti yang dicadangkan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Menurutnya, sementara saksi-saksi penting masih hidup termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri ketika itu, maka penubuhannya haruslah disegerakan.

"Datuk Seri Najib perlu segera tubuh suruhanjaya diraja sementara Tun Mahathir masih hidup.
"Hanya suruhanjaya diraja ini boleh merungkai perkara sebenar disebalik tragedi berdarah ini," kata beliau dalam ceramah sempena Karnival 60 tahun PAS Johor di Parit Tarom di sini semalam.

Isu Memali kembali memanaskan politik negara ekoran pendedahan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tun Musa Hitam bawaha Tun Mahathir berada dalam negara ketika kejadian itu dan bukannya di China seperti yang dipercayai sejak 30 tahun lalu.

Ianya sekaligus mengejutkan banyak pihak yang selama ini diyakinkan bahawa Tun M tidak terlibat dalam tragedi yang mengorbankan 18 nyawa termasuk empat anggota polis itu. Kit Siang dalam cadangannya sebelum ini berkata ramai yang masih hidup dan tentunya masih segar ingatan mereka berhubung tragedi itu.

Selain Musa dan Mahathir, turut masih hidup adalah bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar; bekas pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Datuk Mohd Amin Osman; Menteri Penerangan ketika itu, Tan Sri Rais Yatim; Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Ketua Setiausaha Umno ketika itu, Tan Sri Sanusi Junid; OCPD Baling ketika Tragedi Memali, Tunku Muszaffar Shah; dan seorang pengikut Ibrahim Libya yang sekarang adalah senator, Muhamad Yusof Husin, dari Baling, Kedah. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.
E-Buku IH-85: Pembunuhan Ke Atas Melayu/Islam Di Memali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails