Monday, January 06, 2014

Umno Patut Bantah KDN, Bukan P/Kristian -Sallehen Mukhyi


Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mempertahankan kehadiran anggota partinya dalam demonstrasi membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh Kristian di Klang hari ini walaupun telah mengarahkan ahli Umno Selangor tidak berbuat demikian.

Noh berkata arahan beliau semalam hanya meminta ahlinya tidak membuat demonstrasi atau menyertai protes di hadapan gereja.

"Umno selangor telah menunaikan janji. Walaupun nak buat bantahan kita tak bagi buat depan gereja.
"Kita tak halang (jika) nak buat bantahan. Nak buat kat padang, depan rumah (ketua pengarang The Herald) Lawrence (Andrew), itu hak mereka tapi bukan depan gereja," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Bantahan tersebut, yang pada mulanya dijadual untuk diadakan di hadapan Gereja Our Lady of Lourdes dipindahkan ke padang Kelab Sultan Sulaiman, Klang, kira-kira satu kilometer dari situ.
'Tak ancam gereja'

Demonstrasi anjuran Sekretariat Solidariti Muslim Klang itu adalah untuk mendesak Andrew memohon maaf dengan tindakan beliau mempertahankan penggunaan nama Allah dalam penerbitan The Herald walaupun pihak berkuasa agama menghalang tindakan tersebut mengikut titah Sultan Selangor.

Pihak berkuasa agama Selangor berkeras bahawa kalimah "Allah" hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia pada 1 Januari lalu dan merampas kitab Injil bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan perkataan Allah.

Mengulas mengenai kehadiran sekumpulan penganut Islam yang berhimpun bagi mempertahankan gereja tersebut hari ini, Noh seterusnya berkata, Umno Selangor tidak mengeluarkan ancaman ke atas gereja tersebut.
"Kita tak halang. Kita bukan nak halang orang sembahyang atau cakap apa-apa bahasa pun, Kita hanya mempersoalkan (penggunaan) perkataan Allah itu," kata beliau.

Exco salahkan KDN
 

Tindakan kumpulan disertai anggota Umno itu bagaimanapun tetap dikritik oleh exco hal ehwal agama Islam, Sallehen Mukhyi yang berpendapat, Umno sepatutnya mensasarkan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya ke atas penganut Kristian.

"Bible yang tulis kalimah Allah pun kerana KDN sendiri beri keizinan.
"Jadi, dia (Umno) boleh demonstrasi di KDN, dan KDN menjadi sumber bawa masuk kalimah itu.

Tambahnya, Umno tidak sepatutnya cuba mendapatkan keuntungan politik dari pergeseran ini dengan berdemonstrasi. Sebaliknya, parti itu sepatutnya menunjukkan sifat Muslim yang cintakan keamanan dan harmoni, katanya.

"Sepatutnya Umno tak perlu protes. Hanya perlu bincang dalaman dengan pemimpin atau menteri untuk selesaikan isu.

Kerajaan persekutuan telah membentangkan penyelesaian 10 perkara sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2011 yang antara lainnya menggariskan kalimah "Allah" boleh digunakan di Malaysia Timur dan memerlukan tanda "Untuk Kristian Sahaja" di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun para pemerhati berpendapat kerajaan kini berat hati untuk menyokong penyelesaian 10 perkara itu. (MK)

Sebelum ini..


Sebelum ini..  
Forum Usahawan 1

Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails