Saturday, January 11, 2014

Mengapa Irma Hasmie Ibrahim Kurang Muncul Di Tv?


HALAMAN HIBURAN
MENGAPA Irma Hasmie Ibrahim dikatakan sudah kurang muncul di kaca televisyen, apatah lagi di layar perak. Irma tidak kisah 'berkorban minat dengan keluarga tercinta'. Itu jawapan hebatnya, Syabas beliau!

Ketika bertemu pada majlis pelancaran dan perlantikan duta produk kecantikan dan kesihatan jenama Radiglow yang bertempat di Hotel Royale Chulan, Irma yang ditemui berkata..

"Apa yang penting bagi saya ialah mengasuh dan melihat sendiri Irfhan membesar di depan mata. Itu merupakan perkara yang diberi fokus buat masa ini. Walaupun setiap hari menjaga dan mengasuhnya, saya masih rasa tidak puas kerana setiap hari pasti benda baharu yang muncul yang akan dilakukannya.
"Kami memang tidak ada pengasuh atau biar sesiapa jaga. Oleh itu, saya dan suami akan bergilir-gilir untuk menjaga anak," jelas Irma yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang menjawab soalan pihak media.

Mengenai Irfhan anaknya..

"Irfhan dilahirkan secara pembedahan. Oleh itu, doktor menasihati supaya tetapkan tempoh tiga tahun lagi untuk memiliki anak yang kedua.
"Namun, jika Allah ingin beri rezeki kepada kami sebelum tempoh tersebut, saya dan suami tidak kisah serta bersyukur dengan pemberianNya," kata Irma ringkas.

Irma kini masih mengemudi program Assalammualaikum di saluran TV AlHijrah. Oleh kerana mempunyai batas masa, Irma banyak menolak tawaran drama episod yang diberi kepadanya. Jelas Irma, banyak tawaran yang datang kepadanya memerlukan dia bertugas di luar Kuala Lumpur serta perlu komitmen masa yang lama.

"Mengenai watak pula, saya tidak kisah untuk berlakon sebarang watak asalkan ia bersesuai dengan imej berhijab, insya-Allah.
"Malah, saya tidak kisah jika tawaran itu mempunyai watak hitam asalkan jalan ceritanya dapat memberi pengajaran kepada masyarakat," bicaranya lanjut mengenai watak yang diinginkannya dalam lakonan.

Syabas artis berani berhijrah dari gelap kepada cahaya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails