Tuesday, January 07, 2014

JAIS Perlu Diperkemas Dari Sudut SOP -Sallehen Mukhyi


Kerajaan Selangor bercadang mahu memperkemaskan tatacara operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan serbuan dan rampasan Bible berbahasa Melayu ke atas Persatuan Bible Malaysia baru-baru ini.

"JAIS telah buat laporan (mereka) dan kita akan perkemas dari sudut SOP," kata Exco hal ehwal agama Islam, Sallehen Mukhyi dalam sidang medianya di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga menegaskan pihaknya tidak akan mengulas lagi berhubung serbuan dan rampasan tersebut memandangkan kes itu kini dalam siasatan polis.
"Sebab kes ini dah jadi kes polis, jadi kita serah kepada kebijaksanaan JAIS dan PDRM untuk selesaikan kes ini, mengikut peringkat undang-undang," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa SOP berkaitan perlu diperkemas dan bahagian mana yang perlu penambahbaikan. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails