Wednesday, January 08, 2014

Jais Salah, Larangan Perkataan Allah Hanya Untuk Herald.





Pihak berkuasa agama Selangor salah apabila merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban kerana larangan penggunaan perkataan Allah hanya untuk mingguan Katolik Herald sahaja, kata peguam dan ahli politik.

Mereka berkata, bible sama ada dalam mana-mana bahasa, tidak pernah diharamkan di Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai hak untuk merampas buku daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) Khamis lalu kerana isu Allah hanya tertumpu kepada kes Herald.

Peguam hak asasi manusia, Andrew Khoo Chin Hock, berkata Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu memutuskan bahawa Herald dihalang daripada menggunakan perkataan Allah tetapi Bible dimasukkan ke dalam penyelesaian 10-perkara oleh Kabinet pada 2011.

Perjanjian itu timbul selepas penerbit gereja Roman Katolik Herald didakwa kerajaan kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi Bahasa Malaysia. Mereka turut meminta kerajaan memulangkan buku suci yang terkandung perkataan Allah yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri. Khoo berkata, pada Ogos Gereja Katolik berusaha untuk membatalkan rayuan Putrajaya mengenai Herald supaya dibenarkan menggunakan perkataan Allah.

"Mahkamah menolak permohonan gereja tetapi dalam proses itu, mahkamah mengisytiharkan penyelesaian 10-perkara hanya meliputi Bible, bukan akhbar," katanya.

Beliau dan pengkritik lain berkata, serbuan di PBM bertentangan dengan hak individu untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata Jais mesti memulangkan segera Bible yang dirampas itu.
"Cara serbuan itu dijalankan tidak patut dibiarkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, jawatankuasa DAP akan bermesyuarat Isnin ini dan akan membincangkan isu ini secara terperinci.

"Kami akan menyampaikan pandangan kami kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan berharap kata sepakat dapat dicapai," katanya.

DAP, PAS dan PKR mengadakan pakatan longgar dan kini mentadbir Selangor. Peguam Edmund Bon, berkata PBM patut mengambil tindakan undang-undang terhadap Jais kerana memasuki premis mereka secara haram. Beliau berkata, Agama-agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran Di kalangan umat Islam ) Enakmen 1988 yang digunakan Jais, tidak terpakai dalam kes ini.

"Enakmen ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Katanya, perlembagaan membenarkan individu dan kumpulan bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama mereka tanpa sekatan.

"Bagaimana menyimpan Bible dalam premis boleh melanggar enakmen itu," katanya.

Beliau berkata, orang Kristian atau ahli PBM tidak boleh dituduh cuba untuk menukar agama umat Islam hanya kerana Bible disimpan di dalam premis mereka. Bon berkata, tiada keputusan mahkamah yang mengharamkan Bible secara jelas dan keputusan Mahkamah Rayuan hanya mengisytiharkan bahawa Menteri Dalam Negeri berhak untuk melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Oktober berkata, larangan penggunaan perkataan Allah hanya digunakan untuk Herald, dan bukan penerbitan Kristian yang lain atau Bible, di mana Bible Bahasa Malaysia digunakan secara meluas di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, keputusan Kabinet untuk membenarkan penggunaan Allah dalam Bible Bahasa Malaysia atau Alkitab dalam bahasa ibunda di Sabah dan Sarawak berikutan jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 2011 masih kekal.

"Keputusan yang dibuat oleh mahkamah adalah kes undang-undang. Walaupun ia menjadi sebahagian daripada undang-undang di negara ini, ia biasanya tidak boleh dikuatkuasakan.
"Ini bermakna anda tidak boleh mendapatkan polis atau agensi lain untuk menguatkuasakannya. Mereka bukan undang-undang statut (undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen)," katanya pada tahun lalu.

Khamis lalu, Jais menyerbu PBM dan merampas lebih 300 salinan Bible berbahasa Malaysia  dan BUP Kudus (Bible Iban), menakala Presiden PBM dan pengurus pejabat ditahan untuk disoal siasat. Kedua-duanya dijadualkan untuk bertemu dengan pegawai Jais pada Jumaat. Serbuan dilakukan selepas editor Herald, Father Lawrence Andrew mengeluarkan kenyataan bahawa bahawa perkataan Allah akan terus digunakan dalam gereja-gereja di Selangor.

Semalam, polis menyoal siasat Andrew mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan itu didakwa menentang perintah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor yang mengatakan bahawa Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam di Selangor. - 8 Januari 2014. (TMI)

IKLAN   Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

2 comments:

Anonymous said...

enakmen tu bukan lrgn untuk herald atau kristian.tp untuk semua agama selain islam..

Lebai Malang said...

...enakmen 1988 tu tidak kena mengena dgn Bible atau penerbitan majalah Herald versi bahasa Melayu, nak cetak 10 juta pun cetaklah...

...dalam enakmen 1988 tu melarang agama lain mengunakan apa2 terminalogi yg digunakan oleh agama Islam oleh agama lain dalam urusan agama mereka seperti kalimah Allah, masjid, solat yg boleh mengelirukan umat Islam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails