Wednesday, January 08, 2014

BN Berjaya Didik Ramai Kanak-kanak Minat Jadi Pelakon?



Tinjauan: Ramai Kanak-kanak Minat Jadi Pelakon
Menjadi aktor atau aktres merupakan kerjaya yang menjadi pilihan utama kanak-kanak berusia tujuh hingga 14 tahun di Malaysia. Kaji selidik oleh Adecco Malaysia menunjukkan 12 peratus kanak-kanak mahu menjadi pelakon apabila dewasa kerana ingin mencipta nama dalam industri hiburan. Mereka juga menjangkakan pendapatan antara RM100 hingga RM1,000,000.

Pengurus Besar Adecco Malaysia Alma Othman berkata objektif kaji selidik itu ialah mengetahui dengan lebih mendalam aspirasi kerjaya kanak-kanak dan pandangan mereka berkaitan masa depan.

"Kaji selidik ini juga mendedahkan 88 peratus kanak-kanak percaya meluangkan masa bersama keluarga adalah lebih penting berbanding menjana lebih banyak pendapatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, kaji selidik serupa pada 2012 mendedahkan kerjaya doktor menjadi pilihan kanak-kanak di Malaysia. Sementara itu, kerjaya sebagai pendidik kembali popular apabila 11 peratus daripada kanak-kanak berkenaan berhasrat menceburi bidang berkenaan.

Antara soalan yang perlu dijawab ialah apakah kerjaya pilihan anda apabila dewasa; mengapa anda memilihnya; berapa banyak yang anda ingin pelajari; dan  pekerjaan apakah yang anda rasa paling hebat? Kaji selidik itu turut mendedahkan selain pelakon dan pendidik, kerjaya yang menjadi pilihan kanak-kanak Malaysia ialah doktor (di tempat ketiga) diikuti model serta pemilik restoran atau chef.

Mereka turut disoal apakah tiga perkara pertama yang bakal dilakukan jika menjadi perdana menteri. Maklum balas yang diterima termasuk mengarahkan anggota polis melindungi orang awam di pusat beli-belah; menyediakan barang mainan untuk keluarga miskin; dan membantu golongan kurang bernasib baik serta golongan warga emas.

Seramai 105 kanak-kanak mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan pada pertengahan bulan November hingga Disember di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Melaka.
- Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah kerja yang dibuat BN hari-hari.. Tak kira pembangunan rohani jasmani dan dunia akhirat.


IKLAN  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails