Monday, January 06, 2014

Doku Umarov ‘Osama Russia’ Sasar Olimpik


Doku Umarov  
Fears are growing that Doku Umarov plans to strike the Winter Olympics

Moscow: Atlet dan penonton dari Britain akan menjadi sasaran ‘Osama bin Laden Russia’ dalam temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijadual berlangsung di Sochi, Russia bulan depan. Maklumat itu diperoleh sumber Perkhidmatan Perisikan Keselamatan Kanada dan sudah dikongsi dengan agensi rahsia Britain.

Berdasarkan rancangan asal, Doku Umarov menggesa pengikutnya melancarkan serangan itu ketika “sukan syaitan” berkenaan berlangsung. Justeru agensi keselamatan Kanada dan Britain menganggap Umarov sebagai berpotensi membawa ancaman keganasan dalam temasya sukan berkenaan.

Umarov, 49, adalah pemimpin jihad Chechen yang didakwa bertanggungjawab dalam dua serangan pengebom berani mati di Volgograd pada Krismas lalu. Dia memimpin Imarat Kavkaz, iaitu kumpulan bersenjata yang berjuang untuk melaksanakan pemerintahan Islam di Caucasus Utara Russia.

Wilayah bergunung-ganang itu terletak bersempadan dengan Sochi. Umarov digelar sebagai Osama Russia kerana mengikut ideologi al-Qaeda dalam perjuangannya. Sumber keselamatan berkata, menurut perspektif Umarov, setiap kepentingan Israel, AS dan Britain halal untuk dijadikan sasaran. “Kepemimpinan Umarov semakin kukuh tetapi wujud keraguan setakat mana pengikutnya mampu melaksanakan perintah itu kerana sesetengah daripada mereka adalah muka baru yang kurang berpengalaman,” katanya.

 Sementara itu sumber keselamatan Britain berkata, perisik MI6 sedang bekerjasama erat dengan agensi Russia untuk menghadapi ancaman berkenaan. - Agensi
Foto 
UMAROV

Sebelum ini..  
Forum Usahawan 1

Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails