Tuesday, January 07, 2014

Hard Rock Cafe? Perbadanan Tak Mahu Layan



HALAMAN HIBURAN
Perbadanan Putrajaya mengumumkan bahawa pihak berkuasa tersebut tidak akan melayan sebarang cadangan untuk membuka pusat hiburan Hard Rock Cafe di kawasan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Kenyataan presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat dalam laporan Utusan Malaysia hari ini menyebut, badan tersebut tidak mempertimbangkannya, dan akan mengembalikan semula kepada pemohon sekiranya cadangan seperti itu dikemukakan.

Kenyataan itu timbul tidak berapa lama selepas laporan The Star yang menyebut, “rancangan itu masih di peringkat awal dan tiada keputusan dibuat”.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris yang itu juga memetik kenyataan Aseh itu menyebut, Perbadanan Putrajaya akan mengambil kira sensitiviti setempat.

“Sekalipun jika cadangan itu diluluskan di masa depan, Perbadanan Putrajaya akan mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat dan memberi keutamaan untuk mengekalkan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan,” katanya.

Bantahan ke atas rancangan berkenaan antaranya disuarakan oleh sayap pemuda NGO pendesak Melayu PERKASA yang mendakwa ia akan mencemarkan imej pusat pentadbiran berkenaan dengan hidangan arak dan hiburan liar.

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata, pihak berkuasa Putrajaya itu perlu menghormati konsep Putrajaya yang dibangunkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mencontohi pentadbiran kota Madinah

Laporan Bernama terdahulu menyebut, rancangan untuk membuka rangkaian pusat hiburan tersebut di Menara Ikhlas, Presint 3, dikemukakan oleh jutawan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ia dirancang sebagai kedai rangkaian kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.

Aseh dalam laporan Bernama pada hari Sabtu juga menyebut, pusat hiburan itu dijangka akan memulakan operasi dalam tempoh empat bulan. (MK)

IKLAN  
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails