Wednesday, January 08, 2014

Mengapa Hard Rock Putrajaya Mesti Berciri Islam? -PAS Wilayah

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Mengenakan syarat dan garis panduan untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya membuktikan kerajaan Umno BN lebih mesra pelabur daripada kemaslahatan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad berkata, kerajaan Umno BN akan berusaha sedaya untuk memenuhi keperluan pelabur termasuklah membuka Hard Rock Cafe di Putrajaya walaupun rakyat membantah.

"Kita sedia maklum Umno BN memang suka berjanji itu ini, kalau sebelum ini minyak tidak dinaikkan malangnya sebaliknya berlaku.
"Syarat di keluarkan kepada Hard Rock Cafe sebagai meredakan kemarahan rakyat, bermakna memang kerajaan benar-benar mahukan cawangan cafe itu di Putrajaya," katanya ketika dihubungi.

Bagi PAS, katanya pembukaan kelab-kelab dan cafe eksklusif seperti Hard Rock Cafe bukan sahaja tidak boleh dibuka di Putrajaya bahkan ditempat-tempat lain kerana ia boleh mengundang masalah sosial kepada anak muda negara ini.

Beliau percaya syarat yang dikeluarkan itu supaya tidak ada penentangan terbuka oleh rakyat tetapi akhirnya ada usaha untuk membuka cawangan di pusat petadbiran kerajaan itu.

"Sebab itu kerana pentingkan dasar mesra pelabur kerajaan tidak fikir apa yang mudarat kepada rakyat. Mereka akan terus fikir bagaimana mahu mendapatkan dana daripada pelabur, seberapa boleh mereka akan penuhi keperluan pelabur," katanya.
Justeru, beliau mendesak agar rakyat terus membantah penubuhan cawangan Hard Rock Cafe yang akan mencemarkan pusat pentadbiran kerajaan.

Isu pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya telah mendapat bantahan rakyat, namun bagi meredakan kemarahan itu hari ini Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kenyataan bahawa permohonan cafe terkemuka itu perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk tiada penjualan minuman keras dan menampilkan persembahan hiburan yang berlandaskan Islam.

Syarat itu bagi memastikan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara yang mengamalkan sistem pentadbiran Islam terus dipelihara. Tengku Adnan mengulas kemungkinan pengusaha Hard Rock Cafe membuka cawangan itu di sini berikutan perkongsian Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat mengenai perjumpaan beliau dengan pelabur Hard Rock Cafe di negara ini, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir, dalam laman sosial Facebook.

Aseh bagaimanapun menjelaskan tiada permohonan rasmi dibuat mengenainya, malah Hard Rock International turut menafikan mahu membuka cawangannya di Putrajaya. (HD)

Lihat sebelum ini..

Sebelum ini..     Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails