Tuesday, January 07, 2014

Paderi Lawrence Disiasat Bawah Akta Hasutan.

Pengarang akhbar mingguan Herald, Paderi Lawrence Andrew (gambar) hari ini dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya dalam laman portal The Malaysian Insider baru-baru ini.

Menurut peguamnya, Francis Pereira, Lawrence disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Polis soal siasat saya berkenaan kenyataan saya dalam artikel di The Malaysian Insider.

Beliau sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan di gereja atas alasan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan beragama di Malaysia.

"Saya jelaskan kepada mereka kita telah menggunakan perkataan Allah dalam Buku Doa Harian, yang juga petikan daripada Bible berbahasa Melayu sejak sekian lama," katanya, yang turut membawa sebuah terjemahan Bible berbahasa Melayu lama berusia lebih 100 tahun ketika sesi soal siasat tersebut.

Kenyataan Lawrence telah direkodkan oleh pegawai penyiasat ASP Effandi Main.
"Saya turut memberikan salinan (kitab) ini kepada polis," katanya lagi, dan menambah kitab berkenaan juga bertarikh 1905.

Beliau telah menerima kritikan dan tekanan pelbagai pihak selepas kenyataan berkenaan disiarkan ekoran ia bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang melarang komuniti bukan Islam menggunakan perkataan Allah.

Selangor turut memperuntukkan Enakmen 1998 Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Kepada Orang Muslim) yang melarang penganut agama lain menggunakan 35 perkataan termasuk Allah, Nabi dan Injil.

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) minggu lalu turut menerima reaksi negatif banyak pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi bagaimanapun berkata pihak berkuasa agama itu menjalankan serbuan mereka berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tindakan Jais itu juga jelasnya dibuat berlandaskan aduan orang ramai dan serbuan berkenaan adalah untuk mencari bukti. Sallehen ketika sidang media bersama Andrew di pejabatnya di Shah Alam berkata, pihaknya akan mengkaji dan memperkemaskan semula SOP Jais dengan mengkehendaki badan penguatkuasa agama berkenaan memaklumkan kepada exco terlebih dahulu berhubung isu antara agama.

"Jais ikut SOP sedia ada. Dari segi sekarang tindakan Jais itu betul," katanya kepada pemberita, dan menambah serbuan yang dilakukan Jais adalah berdasarkan aduan orang ramai.

Sallehen turut berkata, titah Sultan Selangor berkenaan larangan penggunaan perkataan Allah oleh kumpulan penganut agama bukan Islam juga perlu dipatuhi.
"Tuanku sebagai ketua agama. Maka, sebarang tindakan berkaitan enakmen itu, maka ianya terpakai dalam konteks negeri Selangor, kita ikut titah Sultan Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak itu lagi. – 7 Januari, 2014. (TMI)

Sebelum ini..


IKLAN   Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails