Saturday, January 04, 2014

Kemungkinan Lawrence Nak Tunjuk Besar Kepala -UMNO S'ngor




SHAH ALAM 4 Jan. - UMNO Selangor melarang mana-mana anggotanya serta meminta badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan Islam di negeri itu supaya tidak meneruskan rancangan mengadakan himpunan bagi membantah penggunaan kalimah Allah di hadapan gereja, esok.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu bagi mengelak salah tafsir dalam kalangan rakyat berhubung isu berkenaan, selain memastikan keharmonian kebebasan beragama di Selangor terus terpelihara.

"Dalam kita memperjuangkan isu kalimah Allah, kita minta jangan adakan himpunan ataupun bantahan di depan gereja sebab ia boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan UMNO, di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa cawangan UMNO dan NGO Islam di negeri itu merancang untuk mengadakan perhimpunan di hadapan gereja-gereja di negeri itu esok sebagai membantah kenyataan Pengarang Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah 'Allah.'

Pada 27 Disember lepas, Lawrence menerusi 'The Malaysian Insider' berkata, gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Malaysia walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
 Demikian menurut BERNAMA

Sebelum itu, Malaysiakin melaporkan, Exco Agama Selangor, Salehen Mukhyi akan mengadakan perjumpaan dengan editor The Herald, Lawrence Andrew Selasa ini bagi membincangkan isu larangan menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti yang dititahkan Sultan Selangor.

Noh juga dilaporkan berkata,  “Kalau nak buat nota bantahan, hantar terus kepada Paderi Lawrence. Jangan ganggu gereja. Agama Kristian mungkin tidak berfikiran seperti Paderi Lawrence. Jangan babitkan orang lain. Dia je punca,” kata Noh merujuk kepada Pengarang Mingguan Herald Lawrence Andrew yang berkata gereja di Selangor akan tetap mengunakan kalimah Allah di gereja.

Justeru, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menegaskan, Jais, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Umno tidak harus dipersalahkan dalam isu itu memandangkan Lawrence adalah pihak yang mencetuskan perkara ini.

  “Kemungkinan Lawrence nak tunjuk besar kepala. Jangan terkejut, kita orang Melayu buat himpunan besar-besaran membantah tindakan beliau. Jangan salahkan Umno dalam hal ini.

Jangan tuding jari kepada Jais, dan polis. Tuding jari kepada siapa yang menjadi punca. 26 tahun kita hidup aman tiada orang pertikai. Tiba-tiba Lawrence ini timbul,” kata ahli Parlimen Tanjung Karang itu lagi.

Isu rampasan 300 Bible berbahasa Melayu oleh Jais itu juga jelasnya tidak harus dilibatkan degan perbicaraan hak penggunakan kalimah Allah oleh bukan Islam di mahkamah, kerana ia merupakan isu di peringkat nasional. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails