Thursday, January 02, 2014

500,000 Bunga Api, Biar Rakyat Kebulur.. Inikah Idola M'sia?

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu - Dubai mencipta rekod baharu apabila lebih 500,000 bunga api digunakan bagi menyambut ketibaan tahun baru, kata pihak Guinness World Records semalam.

"Selama sepuluh bulan dirancang, lebih 500,000 bunga api digunakan pada persembahan yang berlanjutan selama enam minit," lapor laman web Guinness World Records.

Persembahan bunga api itu dibuat di sepanjang 94 kilometer pantai Dunai termasuk di kepulauan buatan manusia dan di bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa. Rekod lama dipegang Kuwait apabila 77,282 bunga api digunakan pada pertunjukan yang diadakan dalam tahun 2011.

Sebuah syarikat Amerika Syarikat, Fireworks by Gucci merangka persembahan bunga api itu dengan menggunakan 100 buah komputer dan 200 juruteknik. Kos untuk pertunjukan bunga api itu ialah AS$6 juta (RM19.66 juta). - Agensi

SEORANG lelaki yang cedera akibat terkena percikan bunga api dirawat di Pusat Perubatan Memorial Jose Reyes, Manila, Filipina semalam. Dua orang terbunuh dan hampir 600 orang cedera akibat terkena percikan bunga api dan peluru sesat semasa meraikan kedatangan tahun baru di Filipina, kata beberapa pegawai semalam. 
Kira-kira 50 buah hospital melaporkan, terdapat 599 orang cedera dari 21 Disember hingga semalam yang merupakan peningkatan 43 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kos untuk pertunjukan bunga api Emiriyah Arab Bersatu ialah AS$6 juta (RM19.66 juta). Duit itu perlu bagi pembangunan insan sedunia. Itu yang di agama suruh buat, bukan pemboros saudara syaitan. Itukah idola negara Malaysia? Tanda-tandanya ada, walau rakyat kebulur?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails