Friday, January 03, 2014

Sekolah Bawah Pokok Di Kelana Jaya, Apa Dah Jadi?


Kira-kira 20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang.

Ini ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu itu dibuka semula. Ibu bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan, Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah.

"Jika sekolah ini ditutup, tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kelana Jaya dan Lembah Subang," kata pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, V Kumar, hari ini.

Menurut Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru.

Ibu bapa terbabit turut menyuarakan kesulitan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru.

Pihak kementerian memberitahu ibu bapa terbabit bahawa tanah di Kelana Jaya itu yang sebelum ini milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dijual kepada pemaju swasta, tetapi rekod yang didapati mereka menunjukkan ia masih bawah nama PKNS.

Ibu bapa yang tidak berpuas hati ini telah menentang pemindahan sekolah ini selama beberapa tahun dan mahu kerajaan negeri Selangor campur tangan bagi memastikan tapak sekolah itu kekal.

Bangunan sekolah lama telah dikunci oleh guru besarnya, menyebabkan ibu bapa hanya mampu meninggalkan anak mereka di beberapa bangku plastik di tanah lapang bersebelahan kawasan sekolah, tanpa guru untuk mendidik mereka. (MK)

IKLAN 
Daun Stevia Siap Kering & Potong
Daun Stevia Siap Kering & Potong
1 kg = rm 70 tidak termasuk kos penghantaran berminat sila hubungi/sms kami : 014 222 5865 / 011 2302 8768 resourceshmh@gmail.com

1 comment:

Anonymous said...

Nak sekolah baru kerajaan dah buat. Bila dah siap tak mau pergi pulak.

Macam2 hal. Agaknya mereka ni mahu sekolah dihadapan rumah masing2.

Pibg usahakanlah cari bas sekolah yang boleh bawa murid2 ni ke Kpg Lindungan.

Tak boleh juga masuk ke sekolah kebangsaan.

Apa lagi mau?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails